Jumaat, November 25, 2016

Hahaha!!! Terbaik betul perangai hodoh yang ditonjolkan oleh Si Nurul Izzah ni. Nampak sangat yang dia ni memang jenis pemimpin yang tak sedar diri kerana masih menganggap diri dia sebagai seorang pemimpin yang 'Bermoral'.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila pihak Mahkamah Rayuan menolak permohonan yang difailkan oleh seorang Menteri dan juga Ketua Polis Negara untuk mengenepikan saman fitnah yang telah difailkan oleh Si Nurul Izzah.

Si Nurul Izzah tu telah memfailkan saman tersebut ekoran tindakan Menteri terbabit dan Ketua Polis Negara yang sebelum ini mendakwa dia sebagai seorang Penderhaka kepada Negara kerana dilihat 'Mesra' dengan Jacel Kiram.

Pada ketika itu, gambar Si Nurul Izzah dengan anak perempuan Ketua Pengganas yang didakwa telah menceroboh perairan Sabah dan membunuh petugas keselamatan serta menggugat kedaulatan Negara tersebar luas didalam Internet.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Nurul Izzah tu menganggap tindakannya mengheret mereka ke mahkamah sebagai satu kejayaan yang cukup besar yang dilabelkan sama seperti memperolehi kemenangan moral.
“Ini satu permulaan baik kemenangan moral kepada kami,” katanya kepada SelangorKini.
Jika sekiranya kenyataan itu dikeluarkan oleh orang lain, kita boleh terima lagi. Tapi apabila ianya keluar dari seorang pemimpin yang seperti Si Nurul Izzah ni, ianya agak meloyakan. Bahkan menonjolkan lagi sifat lupa diri Si Nurul Izzah tu.

Apa yang jelas, Si Nurul Izzah tu nampak sangat mudah lupa dengan apa yang telah dihadapinya sebelum ini. Dia lupa yang dia pernah membuat pengakuan secara terbuka dan mengaku bahawa dia telah memfitnah calon Barisan Nasional.

Tindakan itu terpaksa diambil memandangkan Si Nurul Izzah tu dah hampir kantoi didapati bersalah kerana tidak mempunyai bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan untuk menang dalam kempen Pilihan Raya Umum yang lalu.

Secara tidak lansung, pengakuan fitnah yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu membuktikan bahawa dia bukan seorang pemimpin yang bermoral. Malah dia juga sanggup melakukan apa sahaja untuk kekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen, termasuk menabur fitnah. Jadi, tak heran la kalau dia nak bersekongkol dengan anak Kiram tu sekali pun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping