Sabtu, November 12, 2016

Merujuk kepada kata-kata Pendita Za'aba, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak memerlukan 'pemimpin yang namanya sahaja pak haji tetapi korupsi'. Sebaliknya, kata dia, parti pembangkang kini memerlukan pemimpin yang berfikiran kritis.

Oleh yang demikian, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata Pakatan Harapan itu perlu lebih bertegas dengan mana - mana pihak yang ingin menjalinkan bekerjasama dengan Pakatan itu selain komited agenda reformasi yang dibawa mereka.

Bahkan Si Nurul Izzah ni juga turut menegaskan bahawa sebarang bentuk hubungan kerjasama Politik tersebut amat diperlukan bagi membolehkan pertembungan satu lawan satu dengan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya akan datang.
"Kita alu-alukan siapa yang ingin bersama kita tapi ada syaratnya. Jika anda melanggar komitmen terhadap reformasi, anda keluar (dari kerjasama).
"Pemimpin perlu berfikiran kritis, bukan pemimpin yang nama sahaja pak haji tetapi korupsi. Pak haji yang korupsi bukan pemimpin kita," kata Nurul Izzah.
Nurul izzah berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kali diadakan di Shah Alam hari ini. Kenyataan Nurul Izzah itu dipetik dari cendekiawan Zainal Abidin Ahmad atau dikenali dengan nama pendita Za'aba.

Maka timbul SERIBU SATU persoalan dikalangan rakyat serta pengamal media sosial berkaitan dengan ungkapan yang dibangkitkan oleh Si Nurul Izzah sewaktu Konvensyen Pakatan Haprak tu, "Siapa Pak Haji yang didakwa Korupsi itu?"

Adakah Si Nurul Izzah tu merujuk kepada PAS yang sejak kebelakangan ini dilabelkan sebagai parti Pengkhianat yang sebelum ini pernah membelakangkan kepentingan Pakatan demi untuk memenuhi dasar perjuangan parti mereka sendiri?

ATAU, adakah Si Nurul Izzah tu cuba nak menuduh Presiden PPBM yang bertindak membuat keputusan membatalkan hasrat untuk menandatangani perjanjian persefahaman bersama dengan Pakatan pada saat - saat terakhir sebelum Konvensyen?

Hakikatnya, apa yang dibangkitkan oleh Si Nurul Izzah tu cukup jelas merupakan satu pendirian yang simbolik bahawa puak Pakatan itu tidak memerlukan orang lain untuk bergabung dengan mereka. Cukup la setakat ada PKR, DAPigs dan PAN sahaja.

Mungkin bagi Si Nurul Izzah tu yang lain tak payah sebab mereka hanya sekadar 'Watak Tempelan' kerana kewujudan mereka tak penting dalam Politik Tempatan pada ketika ini. Nak pulak PAS dan PPBM yang didakwa mudah menjadi Pengkhianat dan tidak boleh dipercayai oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Budak pompuan ni lah dulu kata orang melayu islam boleh murtad

    BalasPadam
  2. Memang patut yang rasuah tidak diangkat jadi pemimpin. Tapi yang perlu di tolak juga penimpin.
    1. Yang main belakang.tambahan pula terbukti di mahkamah.
    2. Pemimpin yang meyokong gerakan LBGT.
    Tentu kita semua dah kenal siapa mereka.

    BalasPadam
  3. Biarlah cakap berterus terang cakap simbolik pulak pemimpin jenis apa melontar batu sembunyi tangan penakut pada kenyataan . Rakyat lebih yakin pada pemimpin yang tegas berani berwibawa. Ini cakap selindung selindung ini bukan bukan zaman hang tuah nak selindung selindung berterus teranglah rakyat lagi hormat pada pemimpin yang berani berkata benar walaupun pahit . Lu pikirlah sendiri.

    BalasPadam
  4. Kau ckp pon spinning lah jawatotok

    BalasPadam
  5. Cucu Mamak Brahim ni air dah bertakung dalam kepala. Cari tempat melepas sebelum ban pecah. Rasanya tak ada masalah LGBT kan ade!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping