Ahad, November 06, 2016

PAS menegaskan kepada mana-mana parti yang berhasrat mahu bekerjasama dengan parti itu bahawa PAS merupakan pengemudi utama dalam kerjasama politik yang terjalin dalam gabungan parti pembangkang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya tidak dapat memenuhi syarat atau memahami pendirian PAS itu, maka PAS tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertindak secara solo kerana perjuangan parti itu bukan hanya semata-mata untuk memenangi pilihan raya sahaja.
"Pucuk pangkalnya ialah pihak yang mahu bekerjasama itu hendaklah faham dengan jelas bahawa PAS adalah pengemudi utama. Kami tiada masalah bergerak sendirian, bukan sekadar mahu memenangi PRU semata-mata," dalam satu kenyataan di Arau, Perlis, semalam, memetik laporan Bernama.
Abdul Hadi turut mengulangi pendirian PAS bahawa parti itu hanya membuka ruang kepada parti yang sesuai dan sealiran dengan matlamat perjuangan PAS bagi berbincang untuk kerjasama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Namun tegas Presiden PAS itu, sebarang parti yang mahukan menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan PAS perlu ikhlas dan tidak "mencuri" sekiranya menjalin hubungan kerjasama dengan parti itu.
"PAS tiada masalah kalau ada yang nak masuk rumah kami.... tapi jangan pula lepas itu dia 'curi' dalam rumah kami," tegas Abdul Hadi, seakan-akan serik dengan apa yang berlaku ketika PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat, sebelum ini.
Senada dengan Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Ustaz Hashim Jasin pula menegaskan bahawa PAS hanya mengutamakan parti yang mampu memberikan solidariti tidak berbelah bagi pada perjuangan memartabatkan Islam di Malaysia.

Beliau turut memberikan contoh solidariti memertabatkan Islam itu dengan memberikan sokongan kepada menerima usaha dan usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian, Akta 355 untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tabik utk Pas. Memang anak jantan.

    BalasPadam
  2. Islam adalah tauhid maka wajib mendahului lain2 makhluk...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping