Khamis, November 17, 2016

Heh! Mungkin kerana bengkak apabila kain 'Anak Ikan' dia diselak dan didedahkan kepada khalayak ramai membuatkan Si Mak Lampir tu mula meroyan tak tentu arah sehingga menyebabkan dia buntu diserang dari pelbagai arah.

Bukan sahaja orang luar yang tampil mempertikaikan isu mengenai kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh 'Anak Ikan' Si Mak Lampir tu. Malah dikalangan pemimpin PKR sendiri pun turut menjadikan isu itu sebagai satu persoalan secara terbuka.

Jika sebelum ini, bakal bekas Ahli Parlimen Pondan tampil membuat desakan supaya 'Anak Ikan' Si Mak Lampir mengisytiharkan semua harta yang dia miliki secara terbuka. Tapi desakan yang dibuat itu telah dibantah oleh Si Mak Lampir tu.

Mungkin dek kerana Si Mak Lampir tu dah terlampau buntu kepala lutut dia untuk mengelakkan diri dari terus dijadikan sebagai 'Punching Bag' dibuli kiri dan kanan membuatkan dia mengambil tindakan memfailkan saman terhadap orang lain.

Mungkin Si Mak Lampir tu fikir, hanya dengan cara itu sahaja dia dapat melarikan diri dari terus dijadikan persoalan mengenai sumber kekayaan luar biasa yang diperolehi oleh salah seorang Pegawai Khas dibawah pimpinannya sendiri.

Dari apa yang didedahkan, katanya Si Mak Lampir tu ambik tindakan memfailkan saman terhadap Datuk Jamal Yunos kerana provokasi yang berlaku baru - baru ini yang turut melibatkan kes tumbuk berdarah hidung di depan Ampang Point.

Si Mak Lampir tu mendakwa kononnya sewaktu insiden itu berlaku, Datuk Jamal telah mengeluarkan kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya dengan niat yang jahat mahu merosakkan reputasi serta imej dia sebagai seorang Ahli Parlimen.
"Zuraida menerusi peguamnya, N Surendran ketika ditemui, berkata perkataan fitnah yang dikeluarkan Jamal selaku defendan diterbitkan oleh media sehingga menyebabkan reputasi plaintif terjejas." lapor pihak media hari ini.
Tapi yang peliknya, isu berkaitan dengan fitnah tu pulak yang lebih diberikan perhatian oleh Si Mak Lampir ni sedangkan isu berkaitan dengan kemungkinan wujudnya penyelewengan yang dilakukan oleh Si Anak Ikan dia tu dibiarkan begitu sahaja.

Walhal, kalau selama hari ini, puak PKR yang sering mendabik dada mengaku diri mereka jauh lebih 'Maksum' dan 'Suci' dari orang lain tu sering melaungkan slogan mahu menentang rasuah. Tapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak diorang cari jalan nak mengelakkan diri dari terus dikaitkan dengan RASUAH!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping