Khamis, November 17, 2016

Heh! Seperti mana yang kita jangka, sudah pasti ada yang akan membuat dakwaan kononnya hukuman penjara ke atas Si Rafizi ni merupakan tindakan 'Zalim' dan 'Kejam' yang dilakukan untuk menutup mulut dia dari mendedahkan rahsia Kerajaan.

Dalam kenyataan - kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Rafizi tu sebelum ini, dia cuba memberikan gambaran kononnya dia telah dizalimi setelah membuat pendedahan mengenai  1MDB yang didakwa telah mempergunakan duit LTAT.

Padahal, hukuman yang dijatuhkan ke atas Si Rafizi tu bukan sebab dia buat pendedahan tersebut. Sebaliknya, dia dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun tu adalah kerana dia memiliki dokumen Sulit yang tidak sepatutnya dia miliki.

Dalam erti kata lainnya, Si Rafizi tu telah dijatuhkan hukuman kerana dia KANTOI MENCURI. Itu je sebab sebenar kenapa Si Rafizi tu dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun. Kalau setakat dia buat pendedahan tu, takde kaitan pun.

Sebagai contoh lebih mudah, Si Rafizi tu memiliki Jam Omega Si Ketua Penipu tu sedangkan sepatutnya dia tak tayang jam tu kepada orang lain. Tapi dek kerana Si Rafizi tu terlalu 'Ghairah' memiliki jam tersebut, maka dia tayang depan orang ramai.

Bila ada pihak yang membuat laporan dan mendakwa jam Omega Si Ketua Penipu tu bukan milik Si Rafizi, maka memang patut pun dia dikenakan tindakan sedemikian kerana apa yang dia lakukan itu salah disisi undang - undang Malaysia.

Dan kalau nak difikirkan secara logik pun, orang yang ada dokumen asal berkaitan dengan laporan PAC tu sendiri pun tak pernah mendedahkan yang dia ada dokumen tersebut. Tapi masih lagi dia menjaja cerita palsu mengenai isi kandungannya.

Tak pelik ke kenapa Si Tony Puaka tu tak dikenakan sebarang tindakan sedangkan dia juga dok mendedahkan isi kandungan dokumen laporan PAC tu kepada umum selama hari ini? Soalnya, kenapa Si Tony Puaka tu tak dikenakan hukuman?

Jawapannya mudah. Sebab Si Tony Puaka tu mempunyai hak untuk memiliki dokumen tersebut kerana dia merupakan Ahli Jawatankuasa PAC. Tinggal lagi, jika Si Tony Puaka tu mendedahkan dokumen tersebut juga salah dari segi undang - undang.

Pokok pangkalnya, sebab sebenar kenapa Si Rafizi tu dikenakan hukuman oleh pihak mahkamah memang cukup mudah. Semuanya kerana ke-GHAIRAH-an yang tidak dapat dikawal oleh Si Rafizi tu sendiri. Kot kalau nak mendakwa diri dia dizalimi sekali pun, Si Rafizi tu patut salahkan Si Tony Puaka tu sebab dia tak kena hukuman pulak!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. bijaknya tony pua dan tak bijaknya rafizi. Tony pua sebagai ahli PAC telah baca audit report namum tiadak berani membawa keluar krne beliau percaya tiada apa2 dalam Audit report yg boleh mengikat DSN bersalah. Namun sebagai pembangkang dia tetap menjerit melalak membohong dan memfitnah. utk nampak lebih hebat lagi Rafizi terpaksa dikambing hitamkan. kesian kamu rafizi hanya krne sekeping kertas yang tidak membawa apa2 makna dan kesan kecuali no. tercatat '98" kamu terpaksa kedalam.

    BalasPadam
  2. Nafsu Rafizi sotong ni terlalu kuat..padan muka...sumbat je dalam penjara...boleh jumpa si Mr Jackel

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping