Sabtu, November 19, 2016

Hahaha!!! Lawak betul gelagat Puteri Reformasi ni rupanya. Ingatkan dia seorang yang mempunyai keyakinan diri yang cukup tinggi setelah apa yang telah dilalui keluarganya selama hari ini. Tapi ternyata, Si Nurul Izzah ni hanya manusia biasa.

Apa yang pasti, tindakan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah ini bukan sahaja memberikan gambaran bahawa dia seorang yang kurang keyakinan terhadap kemampuan diri, bahkan dia jenis orang yang 'Takut Pada Bayang - Bayang Sendiri'.

Secara tidak lansung, tindakan dan pendekatan yang diambil oleh Si Nurul Izzah ni membuktikan yang dia tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang pemimpin, apatah lagi untuk menjawat jawatan sebagai seorang Ahli Parlimen.

Jika selama hari ini, Si Nurul Izzah itu sering kali mempamerkan pesona seorang pemimpin yang mempunyai Kredibiliti dan mampu untuk menghadapi segala dugaan yang dihidangkan dihadapan matanya. Tapi ternyata, pesona itu semua Palsu belaka.

Ianya dapat dilihat dengan jelas apabila Si Nurul Izzah ni dilihat mula 'Menggelupor Biawak' dengan membuat bantahan terhadap cadangan persempadanan semula yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya secara terang - terangan.

GAGAL untuk mengemukakan bantahan terhadap cadangan tersebut sebelum ini, Si Nurul Izzah tu tampil memfailkan tindakan undang - undang terhadap SPR yang didakwa enggan mendengar bantahan dan inkuiri yang telah dibuat sebelum ini.

Dan apa yang lebih memalukan ialah apabila Si Nurul Izzah ni mendakwa kononnya tindakan SPR mencadangkan persempadanan semula kawasan Pilihan Raya sebelum ini bertentangan dengan prinsip asas iaitu 'Satu Orang Satu Undi'.
“Tetapi, 59 tahun selepas merdeka, Malaysia menjadi semakin terkenal dengan persempadanan semula, membahagi-bahagikan kerusi yang akan memihak kepada penyandang kerusi,” katanya kepada pemberita.
Jika dilihat dari satu sudut, jelas tindakan yang dilakukan oleh Si Nurul Izzah tu memperlihatkan sikpa ketidak-mampuan dia untuk menghadapi perubahan dan ketidak-yakinan dia terhadap kemampuan dirinya sendiri secara terang - terangan.

Tapi, kalau difikir - fikirkan semula, memang tak heran la kalau Si Nurul Izzah tu terpaksa tampil mempamerkan ketakutannya secara terbuka dalam menghadapi persempadanan semula yang telah dicadangkan oleh pihak SPR sebelum ini.

Sebab hakikatnya, Si Nurul Izzah ni menang dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini pun dengan menggunakan taktik Poilitik Keji dan Menabur Fitnah terhadap calon Barisan Nasional. Bukannya dia bergantung kepada kemampuan atau pun kredibiliti dirinya sendiri. Jadi, tak pelik la kalau Si Nurul Izzah ni masih 'Basah Kain Dalam' dia dibuatnya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping