Isnin, Disember 05, 2016

Nampak gayanya, api kebencian ahli DAPigs terhadap Tun Mahathir tidak pernah padam walaupun Bekas Perdana Menteri itu turut hadir menyertai Konvensyen parti itu semalam selepas didakwa tidak dijemput untuk menghadirinya sebelum ini.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas selepas salah seorang pemimpin DAPigs diperingkat akar umbi mengambil tindakan drastik dan mengumumkan dirinya keluar dari parti itu kerana kecewa terhadap pembohongan yang berlaku dalam parti.

Katanya, kini DAPigs bukan lagi sebuah parti yang boleh dipercayai kerana pembohongan secara terbuka yang telah dilakukan oleh Lim Kit Siang terhadap Tun Mahathir semakin kian terserlah apabila DAPigs rela bersekongkol dengan PPBM.
“Saya boleh menulis tesis berkenaan sifat dan tahap dakwaan Kit Siang dan pemimpin pembangkang terkemuka lain yang dibuat terhadap Dr Mahathir dan Muhyiddin pada masa lalu.
“Daripada apa yang saya lihat, sama ada Kit Siang berbohong mengenai Dr Mahathir dan Muhyiddin, atau beliau tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan orang yang menyalahgunakan kuasa mereka, dan rasuah pada masa lalu.
“Apa sahaja pandangan yang dipilih, faktor yang saya mahu buktikan ialah Kit Siang sudah kehilangan kredibilitinya,” katanya dan bertanya jika Lim suatu hari nanti akan bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Razak juga untuk menjatuhkan seorang lagi perdana menteri.
“Jika ia boleh diterima bekerja dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib maka saya pasti Kit Siang tidak akan mempunyai masalah bekerjasama dengan Najib untuk menjatuhkan perdana menteri akan datang.”
Dalam masa yang sama, pemimpin DAPigs itu juga turut mengecam tindakan PKR yang didakwa cuba bermain 'Wayang Opera' dengan DAPigs walaupun mereka mempunyai hubungan kerjasama Politik didalam Pakatan pada ketika ini.

Tambahnya, perkara itu berlaku dengan jelas apabila PKR didakwa sanggup membelakangkan semangat kesetiaan kepada rakan komponen dalam Pakatan dan bertanding dikerusi DUN yang sama sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Selain daripada itu, ahli DAPigs itu juga turut membangkitkan persoalan, kenapa dia perlu bersusah payah mahu membantu Tun Mahathir demi untuk memenuhi kehendak serta kemahuan agenda Politik Peribadi bekas Perdana Menteri itu.
“Respons yang saya dapat adalah dalam bentuk soalan pelik. Saya ditanya jika Kit Siang, yang begitu banyak menderita di tangan Dr Mahathir, bersedia mengetepikan perbezaan dan bekerjasama untuk kebaikan negara, jadi apa masalah saya?
“Saya terperanjat mendengar soalan ini. Dr Mahathir tidak melakukan apa-apa kepada saya secara peribadi, jadi mengapa saya perlu bersusah payah? Begitu juga, Najib tidak melakukan apa-apa kepada saya secara peribadi, mengapa perlu saya juga bersusah payah?”
Pokok pangkalnya, tindakan DAPigs yang rela bekerjasama dengan Tun Mahathir merupakan satu langkah Terdesak yang membuatkan ahli parti itu sendiri curiga dengan perjuangan sebenar parti itu. Apa yang jelas, DAPigs hanya sekadar berjuang demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri, bukannya untuk rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping