Selasa, Disember 06, 2016

Kalau dibaca laporan yang disiarkan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan minggu lepas, ianya agak meloyakan bagi sesetengah pihak. Sebab kebanyakkan yang dilaporkan hanya dok asyik bercerita mengenai benda yang sama.

Menurut pandangan beberapa pihak, UMNO seolah - olah sudah ketandusan isu yang hendak dibincangkan. Nak pulak apabila laporan yang disiarkan kebanyakkannya bercerita mengenai seorang individu yang bernama Mahathir Mohamed.

Bagi seorang sahabat, laporan yang disiarkan sama ada melalui media massa mahu pun media sosial mengenai Bekas Perdana Menteri itu tidak mendatangkan sebarang faedah pun. Sebaliknya ia menjarakkan lagi sokongan orang muda kepada UMNO.
"Perwakilan UMNO jelas sengaja dimomokkan dengan sifat kebencian terhadap Tun melalui perbahasan yang diadakan. Keadaan itu memberikan gambaran seolah - olah UMNO sudah ketandusan modal nak berpolitik.
"Walhal, apa yang sepatutnya dibentangkan dalam perhimpunan itu bukannya mengenai seorang individu. Tetapi ianya perlu ditumpukan kepada kaedah bagaimana kita nak menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang," jelas seorang sahabat.
Mengulas mengenai isu yang sama, seorang lagi sahabat turut menyatakan pandangan yang hampir serupa dengan menyatakan bahawa Perhimpunan Agung UMNO itu sepatutnya menjadi pentas untuk menyuarakan pendapat dari rakyat.

Katanya, isu yang berkaitan dengan tindakan Tun Mahathir itu bukan sebahagian dari strategi untuk UMNO memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang. Sebaliknya, isu yang perlu diberikan perhatian adalah mengenai soal kepentingan rakyat.
"Bila kita kata UMNO takut dengan Tun Mahathir, ramai yang marah. Tapi bila kita baca laporan yang disiarkan melalui laman media, ramai yang beranggapan UMNO masih gentar dengan sosok tubuh bekas Perdana Menteri itu.
"Sepatutnya perwakilan UMNO perlu beri tumpuan kepada kaedah untuk menang Pilihan Raya. Patut kita cerita apa yang perlu kita buat. Apa yang perlu Kerajaan lakukan bagi menambah sokongan rakyat kepada Barisan Nasional.
"Pemimpin pun patut memberikan hujah mengenai isu - isu yang dibangkitkan dikalangan rakyat. Cerita bagaimana kita perlu tangani masalah kos sara hidup yang hangat menjadi pertikaian dikalangan rakyat pada ketika ini. Bukannya bercerita memburukkan orang lain," kata sahabat itu lagi.
Pokok pangkalnya, UMNO perlu hentikan cerita pasal bekas Perdana Menteri tu. Laporan pihak media pun tidak perlu berpaksikan kepada dia yang kini sudah bersama - sama dengan Pakatan pembangkang tu. Biar lantak dia la nak buat apa pun. Sebaliknya, UMNO perlu bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Umno pun mcm nak mati. Tak payah kisah sangat la pasal tun. Gempar je kuat. Lebih baik tumpu kpd masalah rakyat...pendidikan, sektor pekerjaan awam dsb.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping