Jumaat, Disember 02, 2016

Heh! Nampak gayanya, Si Khalid Ibrahim ni masih lagi berdendam terhadap Si Menteri Besar Selangor tu dan masih dilihat terus menyerang kepimpinan Rejim Pakatan dengan membangkitkan isu berkaitan dengan pengambil-alihan SPLASH.

Dalam kenyataan hari ini, Mantan Menteri Besar Selangor itu, meminta pucuk pimpinan PAS campurtangan berhubung kontroversi syarikat konsesi air SPLASH yang dibelit dengan isu pampasan terlampau tinggi yang ditawarkan Si Azmin Ali tu.

Khalid kata, dia telah mengutuskan surat kepada Presiden PAS, menggesa supaya parti itu bersetuju dengan tawaran asal sebanyak RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat konsesi termasuk RM250 juta untuk ekuiti SPLASH.

Azmin yang mengambil alih jawatan Menteri Besar dari Khalid pada tahun 2014 dilaporkan menimbang tawaran setinggi RM2.7 bilion untuk pengambilalihan ekuiti SPLASH bagi melengkapkan penstrukturan semula industri air Selangor. 

Tawaran itu dikatakan sepuluh kali ganda dari apa yang pernah ditawarkan oleh Khalid sebelum dia dipaksa berundur dari jawatan Menteri Besar akibat perebutan kuasa yang berlaku dalam kepimpinan PKR melalui agenda Langkah Kajang.

Khalid yang masih lagi merupakan ADUN Bebas Pelabuhan Kelang berkata, dia mengharapkan sokongan dari Hadi Awang untuk mempertahankan semangat tawaran asal RM9.65 bilion yang telah dibuat pada tahun 2014.  
"Saya tulis kepada Hadi untuk mengingatkan beliau. Saya tidak memikirkan beliau kena sokong, tetapi beliau kena tunjukkan beliau telah berjuang betul-betul untuk mempertahankan harga ini," kata Khalid
"Jika beliau kata SPLASH jangan dibayar mahal sangat, boleh dikurangkan, itu yang saya minta diterangkan, dan saya boleh sokong. Maknanya usaha kita adalah bersama, mencari jalan untuk mengurangkan harga untuk dibayar," demikian menurutnya ketika ditemui Antarapos, baru-baru ini.
PAS mempunyai tiga ahli Exco dalam kerajaan negeri Selangor iaitu  Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib,  Datuk Iskandar Abdul Samad (Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar) Datuk Yunus Hairi (Hal ehwal Islam).   

Bulan lalu,  Zaidy berkata  kerajaan negeri bersedia menimbang pembayaran sekitar RM2.7 bilion untuk mengambil alih SPLASH namun jumlah sebenar pampasan itu akan tertakluk kepada persetujuan kerajaan pusat dan syarikat konsesi air itu sendiri. 

Walaubagaimana pun isu berkaitan dengan kontroversi pengambil - alihan ekuti SPLAS itu menjadi satu isu kontroversi apabila Si Menteri Besar Selangor tu GAGAL untuk memberi penjelasan terperinci kepada rakyat secara terang - terangan.

Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu hanya sekadar menunding jari dan membuat tuduhan terhadap Khalid Ibrahim yang didakwa pernah membuat tawaran sebanyak RM 2.9 billion bagi tujuan pengambi-alihan ekuti syarikat yang sama.

Namun, Si Menteri Besar Selangor tu masih GAGAL untuk menjelaskan jumlah Dana Rakyat yang sedia dihabiskan untuk mengambilalih ekuti syarikat tu sedangkan, itu persoalan yang dibangkitkan. Tapi dek kerana Si Menteri Besar Selangor tu jenis pemimpin yang tak bertanggungjawab, maka sebab itu dia bercakap pun berbelit - belit!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping