Khamis, Disember 15, 2016

Sebelum ini pelbagai pihak ada mencabar kepimpinan PAS Pusat untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen dan ADUN - ADUNnya yang menyertai perhimpunan Bershit, tetapi ternyata PAS tidak berani nak melakukannya.

Sebaliknya, pelbagai alasan telah diberikan oleh PAS untuk menutup kegentaran mereka untuk mengambil tindakan dan memecat keahlian mana - mana pemimpin mereka dengan mendakwa kononnya tidak mendapat laporan dan seumpamanya. 

Persoalannya kini, bersediakah PAS untuk kehilangan lebih ramai wakil rakyat mereka di Parlimen dan DUN yang sejak akhir - akhir ini semakin susut bilangannya setelah ramai meninggalkan parti itu untuk menyertai parti Ternakan DAPigs? 

Lagi dipecat lagi ramai yang menyertai PAN menjadikan parti Ternakan DAPigs itu semakin kukuh dan kuat. Dan lPAN mendakwa lebih ramai ahli PAS yang lain akan menyertai PAN sepertimana yang berlaku sewaktu pemecatan Husam di Kelantan. 

Kita mengalu-alukan PAS memecat wakil-wakil rakyat itu. Ada berani? Dan kalau dilihat, Mahfuz Bean ni diantara pemimpin yang lantang di dalam dan di luar Parlimen. Hujah - hujahnya lawaknya tidak mampu dijawab oleh pemimpin PAS sendiri.

Semalam, di dalam satu majlis ceramah yang dianjurkan oleh PAN Tangga Batu Melaka, Si Mahfuz Bean tu tampil memberikan sebab - sebab mengapa dia sanggup menjadi Pengkhianat dan mengambil pendirian yang berbeza dengan partinya. 

Dan diantara yang menjadi persoalan utama Si Mahfuz Bean itu ialah mengenai kenapa PAS harus berpisah dengan Pakatan hanya kerana mereka berbeza pandangan dan pendirian dari sudut parti politik semata - mata? 

Malah Si Mahfuz Bean tu juga turut meluahkan rasa tidak gembiranya dengan pendekatan politik ekstreme PAS dengan sikap suka membuat tuduhan terhadap mereka yang meninggalkan parti dan menubuhkan parti lain sebagai pengkhianat. 
"Ini bukan pendekatan politik yang boleh membawa kepada kesejahteraan. Nabi yang kita peringati di dalam setiap kali sambutan keputeraan Nabi tidak pernah mengajar kita memutuskan hubungan silatur-rahim di kalangan umatnya," ujarnya. 
Mengulas mengenai pendekatan "satu lawan satu" yang diwar - warkan sebelum ini, Mahfuz menyatakan ia bergantung kepada cara bagaimana ianya difikirkan di mana jika ia difikirkan dengan cara yang serupa maka kita akan bertemu pada titik yang satu. 
"Kita kena bersatu, untuk apa? Untuk negara kita. Kita tidak boleh mumutuskan (hubungan) diantara satu sama lain. Kita mesti eratkan hubungan kita ini. Kita mesti berganding bahu dan melangkah bersama untuk masa depan negara," katanya.
Jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean itu hanya sekadar satu mekanisme untuk menjustifikasikan tindakan Khianat yang telah dilakukan terhadap PAS selama hari ini. Apa yang pasti, Si Mahfuz Bean ni secara terang - terangan mencabar pendirian PAS berhubung isu kerjasama Politik dengan Pakatan. Takkan itu pun PAS masih nak berdiam diri lagi!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Betul tu mahfuz..klu dgn umno sesama islam xpe blh bermusuh n blh putuskan hubungan silaturrahim kerana beebeza pendapat..klu dgn dap yg anti islam xpe blh kawan kan..so nabi mana yg ko ikut tu mahfuz..

    BalasPadam
  2. Betul lah tindakan PAS tak ambil tindakan.Biarkan je dia mereput mcm gantung tak bertali. Tiba PRU jgn calonkan dia. Kalau dipecat dia akan sertai parti baru dan akan bertanding jugak. Tindakan PAS bijak

    BalasPadam
  3. Kenapa si Mahfuz ni di gelar dengan Mr. Bean? Apakah itu bermaksud bodoh,tidak ada otak atau hilang akal. Inginkan pencerahan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping