Jumaat, Disember 16, 2016

Disebalik kegembiraan dan keseronokan dikalangan puak Pakatan Haprak tu diatas kejayaan mereka menundukkan parti pimpinan Bekas Timbalan Perdana Menteri ini, masih ada juga diantara mereka yang tidak puas hati dengan kenyataanya.

Jika sebelum ini, Presiden parti PPBM itu mendakwa, perjanjian kerjasama Politik yang ditandatangani baru - baru ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya parti itu tidak diberikan ruang dan pelung untuk bertanding dalam PRU akan datang.

Menyifatkan kenyataan Muhyiddin Yassin itu sebagai satu kenyataan yang angkuh, beberapa orang pengikut Pakatan mendakwa Presiden PPBM itu masih lagi mengekalkan sifatnya yang Sombong kerana mempertikaikan perjanjian tersebut.

Kata mereka, tindakan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin Yassin itu bukan sahaja memberikan gambaran seolah - olah dia tidak berapa setuju dengan perjanjian yang telah dibuat. Malah menyerlahkan lagi kecenderungannya terhadap PAS.
"Apa yang dilakukannya menunjukkan bahawa dia masih lagi mengharapkan sokongan PAS. Maka sebab itu dia sanggup mempertikaikan isi kandungan perjanjian yang telah ditandatangani bagi pihak PPBM," kata salah seorang dari mereka.
Sebelum ini, ramai yang membuat spekulasi mengenai tindakan PPBM menandatangani perjanjian kerjasama Politik diantara PPBM dan Pakatan Haprak tu. Diantaranya, mereka menganggap PPBM telah dipaksa untuk bersetuju dengannya.

Bahkan ada juga yang berpendapat bahawa Presiden PPBM tu takut kehilangan sokongan dari akar umbi PAS sehingga membuatkan dia terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi mengelakkan sebarang konflik dengan parti itu.

Nak pulak apabila kelibat Presiden PPBM itu dilihat turut serta hadir diatas satu pentas ceramah Politik yang dianjurkan oleh PAS sehari sebelum Majlis menandatangani perjanjian kerjasama Politik diantara parti itu dengan Pakatan diadakan.

Jika dilihat dari satu sudut, spekulasi yang dibuat itu mungkin ada benarnya. Kalau tidak, kenapa pulak Presiden PPBM tu nak mempertikaikan isi kandungan perjanjian yang telah ditandatanganinya? Mustahil Pakatan tidak memberi kerusi kepada PPBM.

Persoalan mengenai pembahagian kerusi diantara puak Pakatan Haprak tu menjadi bualan hangat dikalangan pengikut Pakatan memandangkan pada ketika ini mereka masih lagi berebut - rebut kawasan diantara satu dengan yang lain.

Ada juga yang berpandangan, pertindihan kerusi akan berlaku seperti mana yang pernah terjadi sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum ini dimana PKR dan DAPigs sama - sama meletakkan calon mereka dibeberapa buah kerusi yang dipertandingkan.

Apa yang jelas, tindakan Muhyiddin mempertikaikan mengenai isi kandungan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini membuktikan bahawa PPBM tidak yakin dengan puak Pakatan Haprak tu. Malah, ianya membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu bukan sebuah gabungan yang benar - benar boleh dipercayai!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Dah nama pun parti baru. Tolong2 la basuh pinggan dgn si PAN…tat tu dulu. Ni terus nak naik pelamin sekali

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping