Ahad, Januari 01, 2017

Tindakan Presiden PPBM, Muhyddin Yassin yang kerap kali bercuti di Eropah sejak digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menjadi presiden parti itu kini mula menjadi pertikaian puak kartel Tun Mahathir secara terbuka.

Menurut kata salah seorang penyokong tegar Tun Mahathir, selaku Presiden parti, tindakan kerap kali bercuti di Eropah tidak seharusnya dilakukan tatkala partinya kini sedang berada dalam keadaan kucar - kacir dan menghadapi kemelut dalaman.

Malah, 'Ayam Tambatan' Tun Mahathir itu juga turut mendakwa, tindakan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bercuti hanya sekadar akan merencatkan gerak kerja ahli serta pemimpin di peringkat akar umbi.
“Semua orang kelam kabut berjuang di peringkat akar umbi, tidak kira hujung tahun atau awal tahun. Tun Dr Mahatahir Mohamad sendiri tidak bercuti.
“Pilihan raya umum (PRU) boleh diadakan pada bila-bila masa, April, Ogos. Segala kemungkinan boleh berlaku. Muhyiddin sepatutnya berada dalam negara, dia presiden parti,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, dilaporkan Muhyddin kini masih berada di Eropah. Sepanjang beliau bercuti, pelbagai kemelut dalaman berlaku dalam PPBM dan antaranya ialah Anina Saadudin tersingkir daripada jawatan ketua sayap wanita parti, Srikandi.

Bahkan, bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor turut mengambil keputusan untuk keluar dari menjadi ahli PPBM, walaupun dia baru sahaja menyertai parti itu sejak lebih kurang 3 bulan yang lalu sejurus selepas dia keluar dari UMNO.

Pada 27 Oktober lalu, Khairuddin yang juga merupakan 'Ayam Tambatan' Tun Mahathir itu turut mengumumkan keluar PPBM berkuat kuasa serta merta dengan alasan untuk memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang berlangsung.

Khairuddin berkata PPBM parti yang masih baharu dan sememangnya perlukan perhatian siang dan malam daripada presiden parti.
“Kalau PPBM sudah mantap tidak mengapa, tetapi PPBM baru ditubuhkan. Tindakan Muhyiddin bercuti tidak wajar dan tidak bijak sama sekali.
“Lepas PRU kalau dia hendak bercuti, bercutilah. Tetapi ini masa untuk kita kumpul tenaga, turun habis-habisan. Ini tidak, keluar negara berminggu-minggu,” katanya.
Bagaimanapun, katanya kemelut dalaman yang sedang hangat melanda PPBM pada ketika ini tidak akan merencatkan gerak kerja yang dilakukan parti komponen dalam Pakatan Harapan. Namun, kehilangan peranan Muhyiddin Yassin dilihat bakal merugikan PPBM dan memungkinkan parti itu tidak mendapat tempat dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Presiden bercuti ke tak bercuti ke sama je...tak mampu tarik sokongan.

    BalasPadam
  2. Belum tentu PBBM tak dapat tempat di hati Rakyat,,sebab rata rata rakyat dah fed up dengan Najib dan kuncu-kuncunya oleh kerana banyak scandal dan rasuah yang telah mereka lakukan.....!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping