Kata diorang la. Hajat hati nak 'Tawan' Parlimen Permatang Pauh sebab PAN nak bertanding dikawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Tapi, semua orang tau. Itu hanya sekadar 'Kompang' puak - puak PAS ni je sebenarnya.
Benda yang sama juga pernah dilakukan oleh PAS dikawasan Parlimen Permatang Pauh sewaktu Pilihan Raya Kecil kawasan tu diadakan sebelum ini. Kononnya, PAS kata diorang nak boikot PKR dan tak nak membantu parti tu berkempen.
Tapi akhirnya, bila tiba saat pencalonan, kelibat pemimpin parti itu tetap juga kelihatan. Malah pada malam sebelum penamaan calon, menggelupor diorang buat kenyataan media, menarik balik keputusan yang telah diumumkan sebelum ini.
Jadi, takde la menghairankan sangat apabila pemimpin PAS dikawasan Parlimen Permatang Pauh tu keluarkan kenyataan dan membuat pengumuman kononnya diorang akan meletakkan calon bagi menghadapi PRU yang akan datang.
Dalam satu kenyataan yang dibuat, Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh kata, parti itu akan meletakkan calon Pemuda untuk bertanding diperingkat Parlimen dan juga diperingkat DUN Penanti serta Seberang Jaya dalam PRU kelak.
Antara alasan yang diberikan, PAS kata mereka mempunyai peluang yang lebih baik berbanding parti lain selain daripada parti itu mahu menjadi saingan kepada PAN yang juga didakwa turut berminat untuk bertanding dikawasan tersebut.
“Kami yakin dengan situasi yang ada sekarang ini , rakyat tiada pilihan lain selain daripada PAS yang terbukti cemerlang dan bebas daripada sebarang pecah amanah sepertimana yang dibuktikan oleh kerajaan PAS di Kelantan selama lebih 20 tahun,” ujar beliau.
Tapi malangnya, semua orang anggap itu hanya sekadar 'Sembang Politik' puak PAS tu sahaja. Bila tiba tarikh Pilihan Raya nak diadakan nanti, macam - macam alasan yang diorang berikan bagi menjustifikasi tindakan yang telah diumumkan mereka. Penyudahnya, diorang jugak yang angkat 'Bendera Putih'!!!
Kena buat betul2. Jgn cakap je.
BalasPadamdepa ni sembang memang lebih...tapi makan dedak dapigs....
BalasPadam