Jumaat, Disember 23, 2016

Dek kerana takut disisihkan oleh rakan Politik mereka, PAN hari ini tampil mendakwa bahawa parti itu tidak berniat untuk meletakkan PKR dalam situasi yang sukar selepas PAS 'mengugut' untuk bertanding di kerusi milik PKR dalam PRU akan datang. 

Setiausaha Agung PAN berkata, PKR tidak patut diheret ekoran pendirian partinya yang mahu bertanding di kerusi milik PAS dan turut melahirkan rasa hairan dengan sikap PAS yang seolah-olah mendesak PKR untuk menjaga 'tindak tanduk' PAN.
"Kita boleh berunding. Tidak ada sesiapa yang 'indispensable' dalam politik Malaysia. Saya rasa tidak timbul soal itu. Malah kita telah berikan ruang yang panjang. 
"Kita boleh memilih keluar dari kerajaan Selangor jika PKR ingin kekalkan PAS. Namun kami tak pilih sikap begitu. Kita memilih untuk bersama, sebagai sokongan dalam kerajaan negeri. Saya rasa politik ugut ini... Saya hairan mereka sebut politik matang. Di mana kematangannya?," soalnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Reaksi itu diberikan terhadap kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS bahawa PAS akan bertanding di kerusi PKR sekiranya parti pimpinan Wan Azizah itu GAGAL 'mengawal' rakannya daripada mengusik kawasan PAS dalam PRU14 kelak.

Dalam kenyataannya kepada Antarapos semalam, Ketua Dewan Ulama PAS berkata, parti itu sudah berkali-kali memberikan komitmen untuk menjayakan konsep satu lawan satu seperti yang dicadangkan asalkan kerusi miliknya tidak diusik.

Bagaimanapun, PAS mendakwa konsep itu dilihat sukar untuk direalisasikan memandangkan PAN kerap kali mengumumkan hasrat untuk bertanding di ke semua kerusi yang pernah ditandingi PAS dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini.
"Sekiranya PAS berterusan dengan sikap yang tidak mahu bersama pembangkang utama yang lain, maka itu hak mereka untuk menentukan sama ada mereka akan terus bersendirian dan melawan sesiapa sahaja. Atau ingin mengadakan kerjasama dengan Umno selepas hubungan yang semakin intim. Maka terpulang kepada PAS. 
"PH dan PPBM telah bersepakat untuk melihat suatu pertandingan untuk berdepan Umno-BN. Jadi ada yang memilih sokong BN secara langsung atau tidak langsung, kita tidak ada pilihan, sebaliknya maju ke depan," jelas Setiausaha Agung PAN itu lagi.
Dalam erti kata mudahnya, Setiausaha Agung PAN itu ingin memberikan penjelasan bahawa tidak ada parti lain yang mampu untuk mengawal mereka. Bahkan PKR sendiri pun dianggap 'Tidak Layak' untuk 'mengawal' segala tindakan serta keputusan yang dibuat oleh mereka. Mungkin kalau DAPigs, lain la sikit kot. Mungkin PAN takde banyak bunyi!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Pan mana ada kerusi. Yang ada skrg tu yg dilarikan drpd Pas. Elok benar cadangan bubar Pan dan sertai Pkr atau Dap. Mudah untuk bahagi kerusi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping