Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown yang menjadi sumber fitnah Pakatan menyifatkan surat tuntutan yang dikemukakan oleh PAS terhadapnya sebelum ini hanya merupakan satu tindakan yang menyalahi penggunaan protokol.
Namun kenyataan yang dibuat oleh pencipta Mazhab Rewcastle yang kini menjadi anutan oleh puak Pentaksub Pakatan Haprak tu tidak menyatakan secara jelas mengenai penyalahgunaan protokol yang disebutkan terhadap PAS.
"Saya menganggap tindakan mereka itu sebagai satu 'political gesture' dan satu penyalahgunaan protokol yang mereka mahu eksploitasi," katanya yang dipetik Malaysiakini.
Surat itu, yang disampaikan kepadanya di alamatnya di London pada hari Selasa, dilaporkan berhubung dakwaannya bahawa parti Islam itu kononnya menerima RM90 juta dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malah, dalam kenyataan yang dibangkitkan oleh Rewcastle itu tidak menyebut mengenai sebarang prosiding mahkamah yang difailkan oleh PAS terhadap dirinya berkaitan dengan tuduhan yang telah dilemparkan kepada parti itu.
Dalam dakwaannya, Rewcastle telah membuat tuduhan terhadap PAS yang dikatakan menerima sogokan itu berdasarkan kepada 'Kecurigaan Meluas' memandangkan parti itu dilihat semakin rapat dengan UMNO serta Kerajaan Barisan Nasional.
Semalam, Setiausaha Agung PAS dalam satu laporan yang disiarkan melalui media berkata notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defarmation" itu menyenaraikan tiga tuntutan terhadap portal berita terbabit.
Notis tuntutan itu dikeluarkan bagi menuntut pemilik Sarawak Report itu membuang artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta dari Perdana Menteri dan membuat permohonan maaf mengikut terma - terma yang dipersetujui oleh PAS.
Bahkan PAS juga turut meminta agar pemilik laman web pemberi maklumat itu memberikan jaminan supaya tidak menyiarkan dakwaan yang sama terhadap parti itu pada masa akan datang.
PAS dalam kenyataannya sebelum ini telah menafikan sekeras - kerasnya tuduhan yang disiarkan oleh Rewcastle dan berikrar untuk mengambil tindakan undang - undang terhadap pengasas Mazhab Sarawak Report yang kerap kali menjadi sumber rujukan Pakatan di United Kingdom.
Pemfitnah tak kan ngaku buat fitnah.
BalasPadam