Selasa, Januari 24, 2017

Berlatarbelakangkan 20 anak muda yang dipercayai berada di bawah seliaan Rafizi Ramli, sebuah organisasi dipanggil INVOKE telah membuat kajian sikap terhadap rakyat Malaysia secara rawak melibatkan mood politik.

Pungutan dan dapatan data yang dilakukan oleh sekumpulan anak muda ini telah menjadi bahan rujukan buat Naib Presiden PKR itu untuk membentuk persepsi tidak baik khusus kepada parti Umno, Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tak ubah seperti ‘anak ikan’ kepada Rafizi, kumpulan anak muda INVOKE ini turut membuat kajian mengenai pola pengundian untuk Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang dan telah digunakan oleh ‘Raja Fitnah’ selepas itu.

Menurut kajian yang dikatakan diperoleh dari 104,340 responden hanya melalui panggilan telefon yang dibuat sekitar 25 Disember 2016 hingga 15 Januari lalu, sebanyak 41 peratus dari kalangan responden masih mempercayai kebolehan BN untuk memerintah.

Namun menariknya, mengikut dapatan para ‘anak ikan’ Rafizi tersebut, sokongan terhadap PAS masih jauh lebih tinggi berbanding yang diberikan kepada parti serpihannya, PAN. Malah, ‘abang besar’ Pakatan Harapan iaitu DAP juga masih tidak mampu menandinggi kepopularitian PAS. Ia termasuklah lain-lain parti pembangkang iaitu PKR dan PPBM.

Dengan merujuk kepada dapatan kajian dari ‘anak ikan’ Rafizi ini sendiri, jelaskan kepada kita bahawa DAP dan PKR masih belum mampu menandinggi tahap populariti PAS khususnya dalam kalangan penyokong sendiri.

Walaupun sudah beberapa tahun PAS sekadar bergerak di ‘blok ketiga’ sahaja, namun dua parti terbesar dalam Pakatan Harapan itu masih tidak berjaya mengubah apa-apa sentimen penyokong.

Ini suatu bukti yang jelas betapa DAP dan PKR tidaklah sekuat seperti dicanang dalam media sosial selama ini. Bukan kata mahu mempengaruhi rakyat keseluruhannya, untuk memastikan populariti parti sendiri dalam kalangan penyokong sendiri pun mereka masih gagal berbuat demikian.

Selain daripada memiliki figura-figura hebat dalam kalangan pembangkang, DAP dan PKR juga lewat ini turut dibantu oleh parti serpihan PAS sendiri iaitu PAN dan parti serpihan Umno iaitu PPBM. Namun, kehadiran parti serpihan dari dua parti induk terkuat di Malaysia itu juga tak mampu membuatkan tahap populariti PAS dalam kalangan penyokong pembangkang reda.

Jelaslah kepada kita betapa para penyokong pembangkang masih ‘terasa aroma dan bau’ PAS yang pernah mereka berkawan semasa di dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) dahulu.

Para kajian ‘anak ikan’ Rafizi juga turut membuktikan bahawa aura PAS tidak mudah hilang dari kelompok penyokong pembangkang walaupun Pakatan Harapan yang dikuasai DAP menaruh cita-cita untuk tidak berbaik semula dengan parti Islam berkenaan.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping