Selasa, Januari 31, 2017

Penasihat DAP Lim Kit Siang perlu membuktikan bahawa beliau bukan seorang ahli politik yang bacul untuk meneruskan saman terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduhnya sebagai anti-Islam.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, parti sedia berdepan dengan saman itu dan yang menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sikap sebenar Ahli Parlimen Gelang Patah berkenaan.

“PAS alu-alukan Kit Siang untuk saman, dia bacul kalau tidak saman. Kemukakan saman kepada PAS sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Rakyat akan menilai sikap sebenar Kit Siang yang memang anti kepada Islam. PAS tidak takut untuk berdepan dengan Kit Siang di mahkamah,” katanya dipetik sebuah akhbar.

Sebelum ini, Penasihat DAP itu menghulurkan salam perdamaian kepada Abdul Hadi atas alasan untuk menyelamatkan Malaysia.

Walau bagaimanapun, salam perdamaian itu ditolak oleh Abdul Hadi kerana menurutnya, DAP tidak menyokong usaha PAS yang mahu mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pembentangan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.

Menurut Mohd. Khairuddin, Kit Siang perlu membuktikan bahawa beliau tidak anti-Islam dengan menyokong usaha PAS mengukuhkan syariat Islam melalui soko­ngan kepada Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin dalam satu kenyataan menegaskan, syarat utama sebuah kerajaan Islam ialah perdana menteri, ketua menteri atau menteri besar mesti beragama Islam.

Mohd. Khairuddin memberitahu, ini kerana pelaksanaan Islam di sebuah negara atau negeri tidak boleh bersifat tempelan.

Tambahan pula jelasnya, kekuasaan Islam tidak akan tertegak menerusi seorang ketua menteri bukan Islam kerana ketiadaan akidah Islam tidak akan menjamin pelaksanaan syariat Islam.

“Tidak boleh ketua negara, perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri seorang bukan Islam. Itu syarat utama sebuah kerajaan Islam.

“Jangan terpedaya dengan momokan untuk berlaku adil seperti Khalifah Umar Abdul Aziz jika akidahnya tidak seperti Umar Abdul Aziz sementelah pula akhlaknya kerana keadilan itu tidak akan berlaku dan terlaksana tanpa akidah dan akhlak Islam,” katanya.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Jika Taukey bacul, PAN pula kita panggil Khunza

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping