PAS akan menyertai UMNO dalam pelancaran misi “Food Flotilla For Myanmar” yang akan membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada pelarian Rohingya.
Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan memberitahu pihaknya akan menghantar wakil untuk tampil sepentas dengan Umno sebagai tanda sokongan partinya terhadap isu-isu sejagat.
“Insya-Allah. Ada wakil PAS yang hadir,” kata Nasruddin dipetik sebuah portal.
Kapal Nautical Aliya dijadualkan bertolak ke Myanmar, selepas solat Jumaat, 3 Februari dengan membawa 1,500 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada masyarakat yang terjejas di Rakhine, barat Myanmar,
Lebih 240 delegasi yang mewakili 40 badan bukan kerajaan (NGO) dari dalam dan luar negara akan turut serta dalam kerja mengedar bantuan, merawat, mendirikan khemah, memasak dan melihat keperluan kanak-kanak dan wanita di kem pelarian Rohingya.
Nasruddin bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertai majlis pelancaran itu atau tidak.
Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS akan menyertai majlis pelancaran misi itu. Najib berkata kerjasama dengan PAS itu bersandarkan isu umah sejagat dan Islam, bukannya atas dasar politik.
Sama2 buat kerja kebajikan wlpun berlainan parti tak ada salahnya.
BalasPadam