Sabtu, Januari 28, 2017

PAS diingatkan supaya tidak perlu masuk campur dalam urusan dan struktur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan parti itu semalam.

'Peringatan' itu diberikan selepas Timbalan Presiden PAS menyuarakan kekeliruan terhadap tindak-tanduk Tun Mahathir yang dilihat melebihi Muhyiddin Yassin selaku Presiden parti itu dalam mengeluarkan kenyataan.
"Saya ingat beliau tak patut komen struktur parti kita. Struktur parti kita itu kita punya hal," demikian menurut Kamaruddin ketika dihubungi Antarapos.
Tuan Ibrahim pada semalam memberitahu partinya keliru dengan sikap Dr Mahathir yang dilihat berlebihan berbanding Muhyiddin dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan membabitkan kerjasama PAS dan PPBM.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, yang lebih arif dalam kerjasama yang mahu dipupuk PAS dan PPBM ini adalah Muhyiddin dan Timbalannya, Mukhriz, bukannya Tun Mahathir yang hanya dianggap sebagai Penasihat.


Maka, atas dasar itu, Timbalan Presiden PAS itu menyarankan agar PPBM menyelesaikan terlebih dahulu isu dalaman parti mengenai soal siapa yang lebih layak memberikan kenyataan dan membuat keputusan.

Sementara itu diajukan sikap tidak yakin PAS terhadap pertemuan bersama yang akan diadakan 2 Februari depan, Kamaruddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut sehingga satu kata sepakat dicapai selepas itu.
"Apa-apa pun, oleh kerana kita sudah tetapkan hendak berjumpa 2 Februari, kita berjumpalah. Selebihnya tunggu selepas perjumpaan itu. Kita hendak kalahkan BN, lawan BN, bukan nak lawan PAS. Maka kita hendak elakkan pertembungan sesama parti pembangkang," kata Kamaruddin lagi.
Tuan Ibrahim juga turut mendakwa rundingan diantara PAS dengan PPBM pada Khamis depan hampir pasti 'Tidak Akan Menepati' kehendak segelintir pihak yang mahukan dua parti itu mengadakan kerjasama politik menuju pilihan raya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. PAS nak berkerjasama ke dengan pemimpin PPBM yg banyak skendel yg melibatkan berbilion wang rakyat seperti laporan CIA tu? PPBM x boleh dipercayai lagi untuk mengurus kerajaan dan wang rakyat.

    BalasPadam
  2. Nak lamar Pas tpi asyik komen Pas tak betul. Tak payahlah nak buat drama.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping