Jumaat, Januari 27, 2017

PAS tampil melahirkan rasa keliru mereka terhadap tindak-tanduk Tun Mahathir yang melebihi Muhyiddin Yassin sebagai Presiden PPBM dalam mengeluarkan kenyataan bersabit kerjasama dengan parti itu.

Menurut Timbalan Presidennya, Tun Mahathir hanya dianggap sebagai Penasihat kepada parti itu dan tidak terlibat secara lansung dalam perbincangan dan rundingan yang berlaku antara PPBM-PAS.
"(Sekarang) ni presiden parti adalah Tan Sri Muhyiddin, Tun M sebagai penasihat. Dia (Muhyiddin) tidak laju (keluarkan kenyataan). Banyak kenyataan dikeluarkan Tun M dan presiden (Muhyiddin) tak ada kenyataan. Sepatutnya kenyataan dikeluarkan presiden, Tun M tak terlibat dalam perbincangan dan rundingan dan dia tak tahu apa berlaku dan dibincangkan.
"Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz memahami apa yang kita bincang selama ni pun, cuma saya fikir PPBM perlu selesai hal dalaman (parti) siapa yang nak kena ikut? Presiden ke penasihat? Kami pun jadi pening kepala juga," katanya kepada Antarapos.
Sehubungan dengan itu, Tuan Ibrahim meminta kepimpinan tertinggi PPBM untuk menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu kerana ia melibatkan masalah dalaman parti yang tidak boleh dicampuri PAS.
"Ini urusan dalaman parti Bersatu (PPBM) yang sepatut diselesaikan, sampai ada orang tanya siapa presiden sekarang dalam Bersatu (PPBM) ni?" soal beliau lagi.
Tun Mahathir kerap kali melontarkan kritikan keras terhadap PAS bersabit hubungan kerjasama mereka, berbanding dengan Muhyiddin yang dilihat lebih berlembut dan berhati-hati.

Terbaru, Tun Mahathir sering menyalahkan PAS dan mendakwa parti itu akan menjadi penyebab memecah-belahkan undi pembangkang sekaligus memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Malah Tuan Ibrahim menafikan PAS adalah parti yang 'degil' untuk diajak bekerjasama, sebaliknya parti itu sentiasa membuka pintu rundingan dengan mana-mana parti, asalkan mereka menghormati dasar perjuangan masing-masing.
"PAS sentiasa buka pintu rundingan dengan mana-mana pihak yang menghormati dengan apa yang diperjuangkan PAS, kita perlu menghormati sebagaimana PAS menghormati dasar-dasar parti lain.
"PAS bukan parti yang keras, degil nak bincang sebab dalam banyak-banyak parti politik di Malaysia, PAS adalah satu-satunya parti yang mengadakan hampir kerjasama dengan semua parti-parti yang ada hari ini," tegas beliau.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa PPBM sekarang berada dalam bercelaru kerana ada dua nakhoda yang mengepalai parti itu. Serupa macam PKR, ada Presiden tapi macam 'Tunggul Kayu'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping