Khamis, Januari 26, 2017

Adalah agak jelas PKR keliru berhubung usaha membangun sebuah pakatan pembangkang yang kuat untuk mencabar Umno-BN dalam pilihanraya umum ke-14.

Pendirian pemimpin-pemimpin PKR kelihatan bercelaru terutama dalam isu meneruskan atau mengubah pendirian terhadap tahaluf siyasinya dengan PAS. 

Pada satu sisi, Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar berkata, terserah pada PAS ingin menilai semula kerjasama dengan PKR tetapi PKR tetap ingin meneruskannya. 

Beliau berkata, PKR tiada masalah bekerjasama dengan PAS setakat ini dan hubungan itu berterusan khususnya dalam konteks kerajaan negeri Selangor.
"Dia (PAS) mahu menilai atau tidak, itu perkara nombor dua. Kita sekarang bekerjasama dengan PAS, dan kita akan teruskan.
"Kita ada perhubungan dengan PAS, kita bercakap dengan PAS tiap-tiap minggu menerusi mesyuarat Exco. Kita ada exco PAS dalam kerajaan, tiada masalah," katanya.
ADUN Sri Andalas itu berharap, usaha Penasihat DAP, Lim Kit Siang menghulur salam perdamaian kepada PAS sebagai petanda positif bagi pembangkang.

Malah seorang lagi Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin juga menaruh harapan PAS menyambut baik salam perdamaian DAP. Beliau berkata, inisiatif DAP itu adalah bagi mengelak pertembungan lebih dua penjuru menentang Barisan Nasional (BN). 

DAP memaklumkan kesediaan rujuk kembali bekerjasama dengan PAS demi menyelamatkan Malaysia daripada menjadi contoh kleptokrasi dunia.

Malangnya, pendirian dua Naib Presiden PKR itu dicemari komen Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang sinis terhadap pendirian PAS yang dianggapnya mahu mendominasi pembangkang. 

Beliau menyifatkan kepimpinan PAS sebagai 'kuku besi' kerana hanya mahu bekerjasama dengan pihak yang sedia mengikut telunjuk parti itu.

Azmin Ali berkata, syarat yang dikenakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya pembangkang meneladani pengalaman PAS menentang BN, sebagai satu proses demokrasi yang tidak sihat.
"Kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku, itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," katanya.
Komen Azmin itu dilihat bakal mengeruhkan lagi hubungan tahaluf siyasi di antara PKR dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beberapa pemimpin PAS sebelum ini mendesakpimpinan parti itu mengkaji semula hubungan dengan PKR yang diasaskan pada PRU 2008.

Pendirian Azmin itu pula dilihat mirip pemikiran politik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad yang mendesak PAS segera menentukan mahu atau tidak bekerjasama dengan pembangkang lain.
Categories:

1 ulasan:

  1. Pakatan Taik memang patut bercelaru.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping