DAPigs nyata terdesak untuk mendapatkan sokongan mana-mana pihak sekalipun seteru politiknya selama ini, Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Penganalisis politik Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata, dalam keadaan sekarang parti yang dipimpin Lim Kit Siang itu sanggup melakukan apa saja selepas huluran salam perdamaian kepada PAS disambut dingin.
"Memang DAP terdesak sekarang ni sebab tu sanggup berbaik dengan Hadi, sebelum ni DAP kutuk Hadi. Ini adalah politik, apa-apa saja boleh berlaku. Kerana nakkan kuasa sanggup berbaik dengan Hadi, sanggup panggil parti komponen BN bersama mereka (DAP). Jadi inilah politik terdesak DAP menjelang PRU14.
"Untuk berkuasa mesti ada PAS, sekarang ni pun PAS mungkin tidak akan (kerjasama). Mereka melihat Tan Sri Muhyiddin gagal memujuk, Mahathir pun. Akhirnya DAP cuba menghulurkan tangan kepada PAS (tapi) mungkin PAS tidak akan (kerjasama). (Kit Siang) mungkin ada memikirkan satu lagi parti politik Cina iaitu Gerakan dan MCA," katanya ketika ditemubual Antarapos.
Selepas huluran salam perdamaian terhadap PAS tidak bersambut, Kit Siang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pemimpin atasan Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Malaysia.
Malah kata Penasihat DAPigs itu turut menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan tersebut.
Tambah Fuad lagi, DAPigs cuba mencari peluang demi merealisasikan cita-cita pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain mahu mengisi jawatan timbalan perdana menteri jika berjaya menjadi kerajaan.
"DAP mencari apa juga peluang untuk mencapai matlamat mereka. Untuk menjatuhkan kerajaan dan bercita-cita jadi TPM. Jadi oleh kerana itu mungkin Kit Siang baru terfikir, kenapa tak hulur tangan kepada pengundi Cina sendiri (dan) parti Cina juga.
"Ini adalah strategi terakhir Lim Kit Siang untuk menawan (selepas) gagal dengan PAS, jadi yang tinggal adalah parti Cina," tambah beliau.
Apa yang jelas, tindakan DAPigs yang mahu berbaik semula dengan PAS itu secara tidak lansung membuktikan bahawa parti itu bukan sahaja berada dalam keadaan terdesak, bahkan mereka juga tidak yakin dengan kemampuan rakan Pakatan yang lain seperti PKR, PAN dan PPBM!!!
Rakan kongsinya Pan dah kantoi kot..
BalasPadam