Isnin, Januari 30, 2017

PAS menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dalam misi mahu mempertahankan Kelantan, memerintah semula Terengganu dan Kedah, memimpin Selangor.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah, walaupun sukar untuk mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri.
"Sedarkah saudara-saudari bagaimana kedudukan kerusi itu? Tak sedar 89 kerusi pembangkang itu PAS 21 kerusi, PKR 30 kerusi, DAP 38 kerusi. Kekuatan jentera PAS 25 peratus, parti lain bahagi-bahagi, (tapi) kerusi PAS begitu kedudukannya.
 "Kita kena faham ini semua. Jangan kita mara ke hadapan dengan tidak tengok sedikit ke belakang, di mana kekurangan dan kelemahan, tidak membuat muhasabah. Kita maju ke hadapan dalam keadaan kita tak tengok lopak-lopak dan liku yang bahaya," katanya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, di sini semalam.
Menurutnya, dengan mengambil 30 lagi kerusi bukan Islam dari Barisan Nasional (BN), maka kerajaan boleh dijatuhkan, sekali gus terbentuk kerajaan baru yang berkedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.

Beliau menjelaskan, PAS bukan bermaksud bersikap perkauman, tetapi peraturan siyasah syar'iyyah menetapkan pemilihan pemimpin tidak sekadar memiliki ilmu dan akhlak, termasuklah juga pengaruh dikalangan rakyat.

Baru-baru ini, Abdul Hadi berkata, PAS tetap bertegas menolak kerjasama dengan DAP untuk pilihan raya umum depan, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Xmustahil untuk mereka dalam keadaan Umno yg perasan mereka masih kuat lagi ni sedangkan orang2 felda pun dah menyampah dengan perangai malaun pemimpin mereka..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping