Isnin, Januari 30, 2017

PAS sudah tidak menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH), jadi terpulang kepada parti itu untuk bertanding seberapa banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Timbalan Presiden PAN, berkata partinya tidak mahu ambil pusing mengenai perkara tersebut, apatah lagi PAS kini enggan memberikan kerjasama dengan pembangkang dalam soal pembahagian kerusi dan kerjasama hadapi PRU. 
"Oleh kerana dia (PAS) tidak ada dalam Pakatan Harapan, kita nak ajak bincang (isu pembahagian kerusi) pun dia tolak dan tutup pintu perundingan.
"Jadi saya rasa oleh kerana dia di luar daripada Pakatan Harapan, jadi untuk dia (PAS) bertanding berapa kerusi pun itu hak dia, kita tidak ada apa-apa masalah," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Awal hari ini, Presiden PAS berkata partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada Parlimen Raya Umum ke 14 akan datang.

Ujar Hadi PAS perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.

Hadi sebelum ini berkata parti itu telah menutup pintu rundingan dengan DAPigs untuk kerjasama menghadapi PRU14 namun masih membuka pintu perbincangan dengan (PPBM).

Ia ekoran tindakan Penasihat DAPigs Lim Kit Siang yang berkata partinya boleh bekerjasama sekali lagi dengan PAS jika Hadi bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

PAS dan PPBM dijadualkan akan membuat keputusan ekoran kerjasama antara kedua-dua parti itu pada 2 Februari depan selepas perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Dia (PAS) nak berunding dengan PPBM atau parti-parti lain, kita alu-alukan tapi oleh kerana dia tidak bersama dengan PH itu kita tidak mengambil kira sebarang kerusi yang dia nak bertanding," jelas Salahuddin mengenai kerjasama PAS-PPBM.
Sehingga ke hari ini, isu berkaitan dengan pembahagian kerusi dikalangan pembangkang termasuk PAS masih lagi GAGAL untuk diselesaikan berikutan perbalahan sesama mereka yang masih lagi berebut kawasan masing - masing!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pan tak ada harapan. Pan cuma cakap besar tpi penyokongnya kecil. Pan hanya berharap sokongan Dap yg belum tentu jdi kenyataan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping