Pelbagai spekulasi hari ini timbul apabila seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletakkan jawatan yang disandangnya secara serta mereta pada hari ini.
Diantara yang dipertikaikan ialah mengenai waktu yang dipilih oleh pegawai penyiasat berkenaan untuk meletakkan jawatannya sedangkan pada ketika ini, terdapat kes berkaitan dengan syarikat milik anak Tun Mahathir sedang disiasat.
Menurut satu sumber yang rapat dengan pihak SPRM, tindakan pegawai penyiasat itu melepaskan jawatan berkemungkinan besar ada kaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan terhadap syarikat - syarikat yang ada kaitan dengan anak - anak Tun Mahathir.
“Ia datang di tengah-tengah pendedahan bahawa anak-anak Dr Mahathir mempunyai kepentingan dalam lebih 400 syarikat termasuk entiti berkaitan kerajaan, dan kebanyakan berlaku apabila Dr Mahathir masih berkhidmat,” katanya.
“Jadi, adakah Bahri meletak jawatan kerana SRC atau adakah dia berasa dikhianati oleh kepura-puraan Mahathir? Jadi, mengapa Bahri bertahan sebegitu lama sedangkan beliau rasa ‘kecewa’?”
“Ini adalah soalan yang perlu dijawab. Bahri patut teruskan hidup, bukannya mendatangkan mudarat lagi kepada negara,” tambah sumber.
Pegawai Penyiasat itu hari ini memberitahu FMT yang dia memilih untuk bersara awal kerana kecewa dengan cara pihak berkuasa menangani siasatan terhadap SRC International, anak syarikat 1MDB yang disiasat sejak 2015.
“Bukan sahaja kecewa, malah saya rasa amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC International tidak boleh dibawa ke mahkamah,” katanya kepada FMT, hari ini.
Tetapi sumber yang mahu identitinya dirahsiakan, berkata Bahri sepatutnya meletakkan jawatan “tahun lepas atau pada 2015” sekiranya betul beliau berasa bersalah mengenai siasatan terhadap SRC International.
Dari satu sudut, kemungkinan yang dimaksudkan melalui sumber tersebut memang wujud memandangkan pegawai penyiasat itu sepatutnya melepaskan jawatannya lebih awal jika benar dia tidak mahu dikaitkan dengan siasatan yang berkaitan dengan SRC International.
Kalau dah SRC sapa lagi, presiden yang terkenal dengan songlap duit negara lah. Dahlah rasuah, salahguna kuasa pulak. Janganlah tunjuk bodoh tahap budak tadika pulak.
BalasPadamhttp://www.sinarharian.com.my/semasa/pengarah-sprm-bersara-kerana-tidak-mahu-bersekongkol-1.606039
Elok pun...dah kenyang....
BalasPadamsatu ingatan kepada semua (LKS, Kak Wan, Hadi, Mat Sabtu dll iaitu usah di kritik kebersihan di laman lawan kalau laman sendiri berserabut. dan usah didedah kuping lawan kalau diri sendiri berkuping-kuping.
BalasPadamBertaubatlah wahai blogger, ko terlalu hina dalam memutarbelitkan cerita. SRC tu berkenaan dengan pemindahan dana ke akaun Najib Razak. Janganlah tonjolkan sangat kebodohan tu. Makin ramai yang akan membenci UMNO.
BalasPadamHaha...hari2 keluar kat Tv 3 kutuk Mahathir. Tak kan nak lepaskan peluang keemasan nak check mate beliau kalau betul2 SRC ni ada kaitàn dengan anak2 beliau. Admin ni makan dedak tahap gaban nak perbodohkan orang!.. Duit 42 juta masuk akaun Najib tu bukan kah daripada SRC?
BalasPadamNajib dan Madey...2x5
BalasPadamNajib benar dan telah terbukti benar. PAC dah siasat. DOJ pun dh settle. So,nak apa lagi??? Tapi Meday, ada penah kena siasat ka? Anak2 dia, penah kena siasat ka???
Padam