Isnin, Januari 16, 2017

Seorang bekas pemimpin PAS semalam mempersoalkan dakwaan Datuk Seri Jamal Yunos yang dia pernah mencampakkan kembali sebuah beg berisi RM1 juta yang ditawarkan kepadanya oleh tauke judi haram bagi menutup pendedahan mengenai kegiatan mereka.

Menulis dalam lidah rasmi PAS Harakahdaily, bekas pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif berkata sekiranya ia benar terjadi, ia merupakan suatu ujian daripada Allah yang biasa berlaku ke atas golongan zuhud.
“Itulah yang terjadi antara Nabi Yusuf yang digoda oleh Zulaika, isteri pembesar Mesir. Tingginya takwa Jamal yang menolak duit sejuta itu kira macam laki-laki menolak godaan wanita, sama seperti martabat Nabi Yusuf,” tulis Subky.
“Jika kejadian Jamal itu berlaku di zaman pra kelahiran Nabi Muhamad SAW, nescaya Jibril akan wahyukan kepada Nabi untuk diceritakan kepada umat tentang tingginya moral orang-orang beriman.”
Bagaimanapun, Subky berkata adalah lebih baik Jamal menyerahkan wang itu kepada pihak berkuasa agar mereka dapat membuat siasatan dan menangkap pihak yang cuba memberi rasuah itu.
“Sepatutnya Jamal tak campak balik duit itu. Dia patut hantar duit ke rumah pasung, supaya polis buat siasatan dan cari pencampaknya.
“Jika duit jatuh ke tangan Robin Hood kenyanglah gelandangan dan orang yang tak berduit membeli ikan/sayur yang naik harga,” katanya.
Pada 6 Januari, Jamal mendakwa ditawarkan wang RM1 juta oleh kumpulan judi haram dengan tujuan menghentikannya tindakan menimbulkan kekacauan terhadap kegiatan mereka di Ampang.
“Saya menerima banyak panggilan daripada tauke mesin judi untuk berjumpa dengan saya. Mereka menawarkan wang ringgit dan bayaran setiap bulan dengan jumlah yang sangat memeranjatkan.
“Dan baru sebentar tadi saya tersempak atau diekori dan diberikan sebuah beg yang dikatakan berisi RM1 juta. Saya mencampakkan kembali beg tersebut kepada tauke judi itu,” kata beliau kepada FMT.
Namun tak dapat dipastikan sama ada kenyataan yang dibuat oleh Veteran PAS itu benar - benar ikhlas memuji tindakan yang dilakukan oleh Jamal, atau hanya sekadar menyindir pemimpin Baju Merah itu secara tersembunyi.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping