Isnin, Januari 16, 2017

Hehehe!!! Tak sangka semudah itu nak kencing Si Menteri Besar Selangor ni rupanya. Ingatkan dia ni dekat sangat dengan rakyat sehingga sanggup terjun masuk ke dalam longkang untuk selesaikan masalah rakyat.

Tapi hakikatnya, Si Menteri Besar Selangor ni lebih suka dengar laporan dari orang lain yang hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diri mereka sendiri tanpa merujuk kepada isu sebenar yang dibangkitkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Menteri Besar Selangor yang juga dikenali sebagai MB Beg Plastik tu kata, penerimaan rakyat terhadap pengharaman beg plastik di Selangor tu cukup menggalakkan.

Bahkan kata dia, perkara itu telah dimaklumkan oleh Exco Rejim Pakatan Selangor, Si Eli Wong tu yang sebelum ini telah dipertanggungjawabkan berhubung langkah pengharaman penggunaan beg plastik tu.
"Saya sudah minta YB Eli (Elizabeth) memberikan penjelasan kerana sambutan yang dilaporkan oleh beliau amat positif di kalangan pengguna," katanya selepas menghadiri Majlis Himpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor hari ini.
Hakikatnya, memang rakyat menerima pengharaman penggunaan beg Plastik tu. Tapi yang dibantah sekarang ialah caj tambahan yang dikenakan oleh peniaga terhadap pelanggan yang nak menggunakan beg plastik.

Dari keluhan rakyat diperingkat bawahan, tindakan tamak peniaga yang mengenakan caj tambahan sebanyak RM 20 sen tu sengaja mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan lebih.

Rakyat menganggap, tindakan peniaga yang mengenakan caj tambahan itu sebagai satu penindasan terhadap rakyat. Nak pulak dalam keadaan kos sara hidup yang didakwa semakin meningkat pada ketika ini.

Maka atas dasar itu, rakyat mendesak agar pihak Rejim Pakatan Selangor mengambil tindakan yang sewajarnya diatas peniaga - peniaga yang mengambil kesempatan ke atas mereka pada ketika ini.

Dalam erti kata lainnya, tindakan pihak Rejim Pakatan Selangor mengharamkan penggunaan beg plastik tu menyebabkan peniaga yang tidak bertanggungjawab ni boleh mengambil kesempatan sedemikian.

Isu itu yang dipertikaikan oleh rakyat dan dilaporkan dalam laman media. Sebab sebelum ini, katanya Rejim Pakatan Selangor tu menjaga kebajikan rakyat sangat. Takkan benda semudah itu pun Si Menteri Besar Beg Plastik ni tak faham!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. patutnya kalau dah haram jangan la guna. ni kata haram tapi kalau nak guna boleh, kena bayar 20sen satu. cerdik tara mana la ahlul politik ni nak membohong. haram tapi boleh guna dengan bayaran 20sen....
    apa untungnya kpd rakyat?
    apa untungnya kpd peniaga?
    ada perbezaankah dari segi tahap penggunaan plastik?
    bukankah yaang berbeza adalah beban kewangaan pengguna?

    #mangkuk kalau dibungkus dalam plastik tetap jelas ianya adalah makngkuk...

    BalasPadam
  2. nampak nya dah banyak peniaga mengambil kesempatan menjual plastik..kemana pergi kutipan ini..sudah tentu masuk akaun sendiri..mb plastik tolong jelaskan..

    BalasPadam
  3. Kebanyakan beg plastik pasaraya di"recycle" sebagai beg sampah. Sekarang rakyat terpaksa keluarkan duit untuk beli beg plastik sampah & beli plastik 20sen setiap satu. Membebankan rakyat selangor. MB sepatut lebih peka dengan kesusahan rakyat.

    BalasPadam
  4. Kebanyakan beg plastik pasaraya di"recycle" sebagai beg sampah. Sekarang rakyat terpaksa keluarkan duit untuk beli beg plastik sampah & beli plastik 20sen setiap satu. Membebankan rakyat selangor. MB sepatut lebih peka dengan kesusahan rakyat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping