Isnin, Januari 16, 2017

Tindakan pemimpin PAS tidak hadir dalam majlis pelancaran (PPBM) malam tadi disifatkan sebagai menipu dan menghina bukan sahaja kepada Tun Mahathir dan ahli partinya secara keseluruhannya.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Presiden parti KITA yang telah beberapa kali GAGAL untuk menjadi pemimpin dan seringkali keluar masuk parti apabila kehadiran dia tidak dihargai.

Malah, kata Zaid, tindakan pemimpin PAS itu juga membuktikan bahawa pemimpin parti itu masih sayang kepada Datuk Seri Najib dan menganggap ahli parti itu telah diperdaya oleh pucuk pimpinan mereka.
"Bagi saya ketidakhadiran mereka selepas janji nak hadir adalah satu penghinaan bukan saja kepada Tun Mahathir yang kata mereka hadir dalam ucapannya, tetapi juga kepada pembangkang keseluruhannya.
"Saya tidak terkejut bila PAS tak hadir semalam kerana jelas mereka sayang benar kepada Najib. Mungkin ramai lagi ahli Pas tak faham bahawa pemimpin mereka terikat dengan Najib," kata Zaid kepada Malaysia Dateline.
Ketika memberikan ucapan perasmian malam tadi, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan kedatangan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presidennya, Iskandar Samad ke itu.

Namun kedua-dua pemimpin PAS itu terbukti tidak hadir ke majlis pelancaran PPBM di Stadium Melawati, Shah Alam itu. Kerusi yang ditulis nama Iskandar Samad juga turut didapati telah ditinggalkan kosong.

Menurut laman portal Pro PAN, Malaysia Dateline difahamkan bahawa wakil Pas sudah berjanji akan hadir ke majlis pelancaran itu sehingga nama mereka diumumkan oleh Mahathir dalam ucapannya.

Namun katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada tengahari sebelum majlis perasmian itu berlansung dipercayai telah membuat keputusan agar kedua - dua pemimpin itu tidak menyertai majlis tersebut.

Bagi Zaid, ini bukan kali pertama Tun Mahathir dihina oleh PAS, bahkan sebelum ini, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah dan Ketua Pemuda PAS Kelantan juga didakwa cuba menghina Tun Mahathir.

Dalam kenyataan yang dibuat sebelum ini, kedua - dua pemimpin PAS itu menyatakan kesediaan mereka untuk menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan PPBM tetapi tidak dengan Tun Mahathir.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tak perlu layan org mcm zaid tu...buang masa.

    BalasPadam
  2. Another munifiq

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping