Isnin, Februari 06, 2017

Huh! Nampak gayanya Si Mahfuz Bean ni cukup pandai berubah wajah dan cuba nak memaparkan diri dia yang sebenarnya kepada umum. Kalau dulu warna dia Hijau, lepas tu tukar Oren. Sekarang dah jadi Merah pulak.

Tapi itulah sifat seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian mahupun kemaluan pada dirinya sendiri. Maka sebab itu dia sering berubah - ubah warna demi untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Semua tu dia buat demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Bukannya dia buat untuk menjaga kebajikan rakyat atau pun untuk kesejahteraan Negara secara menyeluruh.

Kalau dulu, Si Mahfuz Bean ni sering kali memaparkan sifat Pengkhianat dia kepada PAS dengan melemparkan kritikan terhadap parti itu secara terbuka. Takde apa yang dibuat oleh PAS baik dimata Si Mahfuz Bean ni.

Dan yang lebih memalukan ialah apabila kritikan dan tuduhan yang dilemparkan oleh Si Mahfuz Bean tu dibuat diatas pentas ceramah Politik parti serpihan PAS yang menjadi parti Ternakan DAPigs tu.

Kali ini, Si Mahfuz Bean tu tampil membuat teguran kepada pemimpin parti Ternakan DAPigs itu kerana membuat desakan terhadap PPBM agar mendedahkan laporan mengenai rundingan yang dibuat dengan PAS.

Menurut kata Si Mahfuz Bean tu, PAN tidak sepatutnya membuat desakan terhadap PPBM berhubung isu tersebut. Apatah lagi desakan itu dibuat secara terbuka melalui kenyataan media.
"Tidak perlulah Amanah pergi minta secara terbuka. Patut telefon (buat panggilan) sajalah dan minta kepada Bersatu (PPBM) apa yang mereka mahu. Saya anggap ia tindakan tidak wajar," katanya dipetik Sinar Harian Online.
Malah tegur Mahfuz, PAN tidak perlu mengingatkan PPBM untuk melapor hasil pertemuan itu kerana ia sudah menjadi tanggungjawab parti itu untuk berkongsi hal tersebut dengan Pakatan Harapan (PH).
"Oleh kerana PPBM sudah ada kerjasama dengan Pakatan Harapan, sudah tentulah mereka akan menyampaikan maklumat kepada rakan pakatan. Parti yang ada tidak perlulah meminta atau mengingatkan PPBM secara terbuka untuk berkongsi laporan penuh pertemuan dengan PAS," katanya lagi.
Heh! Kalau baca kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu, nampak sangat dia cuba memberikan gambaran seolah - olah dia adalah sebahagian daripada puak Pakatan Haprak tu dan bukannya dari kalangan pemimpin PAS.

Eloknya, Si Mahfuz Bean ni keluar je dari PAS dan masuk PPBM. Rasanya, itu lebih baik daripada dia terus menjadi Pengkhianat terhadap amanah yang telah diberikan oleh rakyat!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping