Isnin, Februari 06, 2017

Wow! Hina sungguh PAS ni dimata bekas pemimpin parti tu sehingga tahap dia nak samakan parti itu hanya layak untuk bersama - sama dengan parti Ikan Bilis seperti BERJASA dan IKATAN.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pemimpin PAN Kelantan ni mendakwa PAS tidak layak untuk mengajak PKR dan PPBM bernaung dibawah Gagasan Sejahtera yang diterajuinya.

Naib Pengerusi PAN Kelantan itu juga turut mendakwa hanya parti - parti kerdil sahaja yang layak untuk bernaung di bawah blok ketiga pembangkang yang diketuai PAS. Sebaliknya, PKR dan PPBM bukan parti yang kerdil seperti Berjasa dan Ikatan.
"Mereka mempunyai banyak kelebihan,antaranya lagi ialah bijak memahami senario politik Malaysia. Mustahil perkara tersebut berlaku.
"Lagi pun PKR sudah lama bersama DAP dalam Pakatan Rakyat dan kini sekali lagi bersama DAP dan PAN, sebelum PPBM turut mengambil sikap untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan," katanya, memetik laporan Sinar Harian.
Selain itu, dia turut mendakwa bahawa cadangan PAS agar PKR dan PPBM meninggalkan Pakatan yang diketuai oleh DAPigs untuk menyertai blok ketiga itu bagaikan usaha "Ular Lidi mengajak Ular Sawa" mencari makan bersamanya.

Malah, pemimpin PAN itu turut berkata PAS seolah-olah sedang berdrama apabila mengundang PKR dan PPBM untuk bersama mereka dalam misi menewaskan Barisan Nasional (BN), sedangkan secara jelas kini PAS menjalin hubungan baik dengan BN.
"Pas hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana politik yang bersedia untuk duduk dan patuh kepada arahan dan kehendak mereka.
"Dalam erti kata lain, mereka boleh mengajak parti-parti kecil seperti Berjasa dan Ikatan untuk berada di bawah telunjuk politik mereka, namun mustahil PKR dan PPBM untuk berbuat sedemikian," katanya.
Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Naib Pengerusi PAN Kelantan ni memperlihatkan seolah - olah PPBM dan PKR tu parti yang BODOH kerana masih mahu menjalinkan hubungan dengan PAS.

Kalau benar PAS hanya layak untuk bersama dengan parti 'Kecil - Kecilan', kenapa PKR dan PPBM sehingga ke hari ini masih terhegeh - hegeh nak mendapatkan sokongan dari PAS? Tidakkah itu menunjukkan yang PKR dan PPBM ni jenis parti yang tengah 'Terdesak'!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Pan semakin takut menjelang pru sbb sokongan yg diharapkan masih jauh dr jangkaan. Tinggal cakap saja yg besar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping