Heh! Kat mana letaknya otak pemimpin PAS ni sebenarnya kini mula menjadi tanda tanya sedangkan mereka dah sedar yang mereka hanya akan dipinggirkan oleh rakan sekutu mereka di Selangor.
Bahkan, pemimpin parti itu sendiri dah tau bahawa PKR tidak akan terus menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Tapi, masih ada lagi pemimpin PAS yang cuba nak menafikan hakikat tersebut dan membuatkan seolah - olah mereka ini hanya bermimpi disiang hari, diulit dengan angan - angan.
Malah, sebelum ini pun dah banyak kali parti itu dikhianati secara terang - terangan oleh kepimpinan PKR yang mendakwa PAS merupakan sebuah parti yang tidak lagi boleh dipercayai.
Diantara kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR sebelum ini, mereka mendakwa PAS sudah banyak kali melakukan pengkhianatan sewaktu berada didalam gabungan Pakatan sebelum ini.
Mereka dakwa PAS dengan sengaja meletakkan calon dibeberapa kawasan sehingga menyebabkan wujudnya pertandingan tiga penjuru dan mengakibatkan gabungan Pakatan itu tewas.
Namun, ada segelintir pemimpin PAS yang cuba menidakkan perkara tersebut sehingga ada yang menganggap mereka ini lebih sayangkan jawatan yang dipegang daripada nak menjaga kepentingan parti.
Dan dek kerana nak menjaga kebodohan mereka yang masih lagi jumud mempertahankan hubungan songsang dengan PKR membuatkan PAS kini mula dilihat menjadi tak tentu arah.
Mula la PAS memberikan alasan kononnya mereka tak kisah sekiranya dipinggirkan oleh PKR dan Pakatan di Negeri Selangor kerana kononnya kepimpinan parti itu ada strategi lain.
Tapi hakikatnya, kenyataan yang dibuat itu hanya sekadar satu mekanisma untuk rasa kecewa mereka terhadap PKR. Pokok pangkalnya, PAS selama hari ini lebih rela diperkosa oleh PKR hanya semata - mata untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.