Heh! Kalau dah dasar Pengkhianat tu, Pengkhianat la jugak ye tak. Bak kata pepatah orang tua - tua dulu, kalau bukan Penyangak berkawan dengan Penyangak, siapa lagi yang nak berkawan dengan dia.
Pepatah itu cukup sesuai ditujukan kepada puak Parti Amanah Negara (PAN) ni apabila ahli PAS diperingkat bawahan mendesak agar Si Mahfuz Bean tu bertindak meninggalkan parti secara terhormat.
Kata Timbalan Presiden PAN, desaka yang dibuat oleh PAS itu membuktikan bahawa parti sudah semakin tidak Islamik dan bertentangan dengan kaedah yang dibawa mereka selama ini.
Si Din Pudu tu juga turut berkata, sebagai sebuah parti yang kononnya bertunjangkan Islam, PAS perlu memberi ruang yang cukup kepada Mahfuz untuk membela diri sebelum membuat desakan.
“Dia hanya mengatakan PAS tidak boleh berseorangan dalam bersaing di persada politik arus perdana ini. Kalau PAS ambil sikap tdak mahu bersama Pakatan Harapan ini, dia bimbang PAS akan tersisih.
"Jadi dia bagi nasihat kepada parti untuk kebaikan parti pada masa depan sebagai seorang ahli PAS. Jadi ini bagi saya menggambarkan satu sikap yang tidak Islamiklah bagi saya,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
IRONIKnya, Islam melarang mana - mana umatnya bertindak seperti seorang MUNAFIK yang hanya mementingkan diri sendiri. Jadi dari sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Din Pudu ni pun tak Islamik juga.
Hakikatnya, Si Din Pudu tu hanya sekadar nak menegakkan benang yang basah dan memberikan justifikasi terhadap tindakan Si Mahfuz Bean tu selama hari ini. Dalam erti kata lainnya, Si Din Pudu tu seolah - olah nak menghalalkan Pengkhianatan yang dilakukan oleh Mahfuz terhadap PAS!!!
cari makan maa...
BalasPadamPak Din kian meroyan. Nasibnya dlm politik terumbang ambing.
BalasPadam