Isnin, Februari 06, 2017

Cadangan agar PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai Gagasan Sejehtera (GS) bukti PAS memainkan peranan memecahbelahkan pembangkang, ujar Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas cadangan Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini bahawa jika dua parti itu menyertai GS, ia akan menjadi gabungan pembangkang yang lebih kuat dan mampu menggugat Umno Barisan Nasional (BN).
"Itu pandangan Nik Amar, bagi saya PAS mainkan peranan yang telah ditetapkan untuknya sebagai parti yg pecah belahkan pembangkang. 
“Kalau kita lihat semua parti pembangkang lain sudah bersatu dalam pakatan harapan," katanya dalam sidang media di Wisma Amanah hari ini.
Tambah Khalid, peranan yang dimainkan oleh PAS ketika ini dilihat lebih cenderung kepada membantu UMNO dan Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam pentadbiran mereka.
“Kami (Pakatan Harapan) berusaha satukan pembangkang. PAS mainkan peranan untuk memecah belahkan. 
"Ini yang penting untuk umno BN. Peranan PAS dulu hingga sekarang, sejak 2015 ialah untuk pecahkan pembangkang supaya Umno tidak dicabar oleh satu suasana dimana pembangkang yg sudah bersatu padu," tambahnya.
Semalam, Mohd Amar Nik Abdullah yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu menyuarakan cadangan supaya PKR dan PPBM menyertai blok ketiga yang diterajui PAS.

Cadangan itu menurutnya bagi menambah kekuatan pembangkang sebanyak sekali ganda seterusnya membuka peluang kepada pembangkang untuk mengalahkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Umno jugak yang Salah. Fobia sungguh mereka ni kat Umno

    BalasPadam
  2. Khalid meroyan takut kalah di shah alam. Memang tipis harapannya.

    BalasPadam
  3. Tgk si khalid ni hari2 ckp dia mesti busukkan pas n kaitkan umno..itu ratib dia hari2..klu xsebut pas n umno blh gila khalid malaun ni..naik ko pun sbb pas lg nak sombong..inilah org plg xberguna dlm dunia..cuba la kuatkan parti ko yg pemimpin lg ramai dr ahli tu..kasi kuat dulu..biar nampak hebat n bkn spesis parti yg harapkan parti lain tuk menang..samdol..

    BalasPadam
  4. Masalah diaorang umno juga yg salah...payah jadi manusia hipokrit ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping