Selasa, Februari 28, 2017

Tanggapan PAS terhadap PKR yang sebelum ini dilabelkan seperti 'Duri Dalam Daging' dalam hubungan kerjasama Politik pembangkang adalah tidak tepat sama sekali.

Pengerusi PKR Kelantan,  Ab Aziz Ab Kadir berkata, pihaknya mengakui bahawa PAS sebagai satu parti yang telah lama ditubuhkan dan mempunyai jentera akar umbinya yang sendiri.

Namun katanya, perlu diingati bahawa realiti politik di Malaysia, untuk menjadi pemerintahan satu - satu pihak itu perlu memenangi Pilihan Raya terlebih dahulu.
“Pada hemah saya kalau kata PKR duri dalam daging memang istilah ini tidak sesuai untuk ditujukan kepada PKR. Kerjasama dengan parti-parti diperlukan.
“Adakah kerana mengamalkan politik realistik ini, iaitu Keadilan sanggup bekerjasama dengan parti-parti lain yang mempunyai matlamat sama untuk memperjuangkan isu rakyat yang terbukti gagal dimainkan oleh pemerintah semasa, kami dikatakan duri dalam daging ? Rasanya amat tidak tepat,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya mengulas dakwaan akar umbi PAS Selangor yang menganggap PKR kini seperti duri dalam daging dan menggesa hubungan kedua-dua parti itu  dikaji semula serta sudah tiba masanya PAS bersendirian.

Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata, PKR sama sekali tidak mencampuri urusan dalaman PAS yang pada ketika ini masih enggan menjalinkan hubungan dengan Pakatan yang turut dianggotai oleh PKR.
“Bersama-samalah tumpukan perjuangan kita ke arah menzahirkan pemerintahan yang betul-betul mengutamakan kepentingan agama bangsa dan negara,” katanya.
Dalam soal tahaluf siyasi juga sebelum ini pimpinan tertinggi PAS menegaskan sehingga kini hubungan kedua-dua parti itu masih kekal dan sebarang keputusan ditentukan pada muktamar April ini.

Bagaimanapun, masih ada gesaan daripada kalangan ahli PAS diperingkat akar umbi yang mendesak kepimpinan parti itu agar mereka memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PKR.
“Mengikut apa yang saya faham PAS mempunyai cara tarbiah ahli yang amat baik.
“Pasti tidak timbul soal menyanggah keputusan pimpinan mereka. Kalau ada ahli yang menyanggah keputusan pimpinan tertinggi, ini menunjukkan ada masalah melanda mereka,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, tuduhan PAS terhadap PKR yang diibaratkan sama seperti 'Duri Dalam Daging' tu adalah tidak tepat sama sekali. PKR buat sekian kalinya menafikan dakwaan tersebut dan menganggap PAS sebagai Penipu!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping