Rabu, Mac 01, 2017

Walaupun Si Husam tu dah lama meninggalkan PAS, tapi nampak gayanya sifat kebencian serta dendam kesumat dilubuk hatinya terhadap parti itu semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Namun tindakan Husam yang tampil mengkritik, menyebarkan dakwaan serta membuat tuduhan terhadap pentadbiran Rejim PAS Kelantan sejak kebelakangan ini hanya membuka kemaluan dirinya sendiri.

Malah tindakan Husam itu juga turut menjadi persoalan dikalangan rakyat yang menganggap dia adalah sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadap Rejim PAS Kelantan.
“Saya tak tahu apa tujuan Datuk Husam Musa (bekas pemimpin PAS) menyerang kerajaan PAS Kelantan (sewaktu beliau masih berada dalam PAS).”
Demikian persoalan yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim yang turut hairan dengan tindakan Si Husam tu sejak akhir - akhir ini.

Bagaimanapun katanya, Husam mula bertindak demikian apabila bekas Murysidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menamakan dia sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.

Malah katanya, Husam mula menyerang pentadbiran Rejim PAS Kelantan sejak Allahyarham Nik Aziz merestui keputusan parti agar Husam tidak lagi dilantik menjadi Exco Negeri.
“Sejak bila Husam jadi penyerang Kerajaan PAS Kelantan? Sejak Nik Abdul Aziz tidak lagi termakan dengan percubaan melaga-lagakannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Sejak beliau kalah pemilihan di muktamar. Sejak itu Husam berubah. Dia bukan lagi mempertahankan kerajaan PAS. Tapi bekerja kuat untuk hasut rakyat agar hilang keyakinan kepada PAS.Dia bertindak sama saja seperti Parti Amanah Negara (PAN) mensabotaj PAS,” katanya dalam satu kenyataan.
Bahkan, kata Amzad, Husam juga merupakan simbol kegagalan Rejim PAS Kelantan sewaktu dia menjadi Exco Kanan apabila projek - projek yang dibawah kendaliannya hanya tinggal 'Batu Asas'.
"Seperti sindiran wakil rakyat UMNO di Sidang DUN Kelantan yang menyebut, Kambing Jamnapari... Dia!, Kelantan Golden Trade... Dia!, Lebuhraya... Dia!" katanya.
Ahmad Amzad seterusnya turut mendakwa, PAN hanya bertindak sama seperti DAPigs yang telah mensabotaj PAS, manakala Husam pula bertindak sama seperti DAPigs yang mendokong PAN.

Justeru katanya, permainan politik oleh PAN dan Husam tidak matang serta tidak bertanggung jawab hingga menjadikan Politik satu Sarkis yang mengheret rakyat dengan keputusan - keputusan yang menyusah dan meresahkan rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Jawatan dan kedudukan sering membuat manusia kecundang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping