Rabu, Februari 01, 2017

PAS tidak mungkin akan menjalin semula kerjasama dengan DAP kerana ia sudah diputuskan sebagai 'haram', tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan daripada exco PAS Selangor, Datuk Yunus Hairi yang memberitahu parti bersedia menjalin kerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain.
"Keputusan Majlis Syura apabila menyatakan tiada tahaluf siyasi dengan DAP dan Amanah, maka keputusan itu melibatkan persoalan hukum dengan DAP. Tak boleh tahaluf dengan DAP, hukumnya tak boleh dengan DAP, haram dengan DAP. Tak mungkin akan patah balik," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Zuhdi, bagaimanapun turut menjelaskan kenyataan Ahmad Yunus itu bukan merujuk kepada kerjasama dengan dua musuh politik PAS, iaitu DAPigs dan PAN.
"Setakat ini yang telah diputuskan oleh mesyuarat PAS Pusat dan yang diluluskan oleh Majlis Syura, kita masih dengan Gagasan Sejahtera. Tiada hubungan DAP, kita sudah putuskan hubungan dengan Amanah, maka tak mungkin kita bersama-sama DAP dan Amanah," ujarnya lagi.
Sebelum ini parti-parti politik pembangkang yang lain seringkali 'mengajak' PAS untuk kembali bersatu dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).

PPBM terdahulu memaklumkan akan melanjutkan perbincangan dengan PAS berkenaan penyertaan parti itu dalam kerjasama politik bersama-sama dengan Pakatan Harapan menerusi pertemuan yang akan diadakan pada 1 Februari (hari ini).

Bukan hanya PPBM yang konsisten mengharapkan penyertaan PAS, DAP juga baru-baru ini menerusi Penasihatnya, Lim Kit Siang, menawarkan salam perdamaian kepada PAS.

Namun tawaran kerjasama itu ditolak PAS, menerusi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengambil kira sejarah lama yang pernah dilalui ketika bersama Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Sebenarnya PAS perlu juga bertanya pada diri mereka sendiri,apa pula bezanya bila mereka berkerjasama dgn PKR?.Bagi saya,PKR lagi teruk ,sudahlah menjadi proksi DAP yg dianggap musuh Islam oleh Pas,malah pemimpinnya pula berfahaman liberal ,pluralissma dan pengamal LGBT.Dalam Islam ,orang kafir tidak di hukum pancung ,tapi sebaliknya kalau orang Islam yg murtad mereka dikenakan hukum pancung,jika tidak mahu kembali kepada Islam.

    BalasPadam
  2. Memang haram bekerjasama dengan DAP. Itu parti memang anti islam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping