Kekuatan pembangkang akan meningkat sekali ganda sekiranya PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan menyertai blok ketiga.
Kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah seperti yang dilaporkan Sinar Harian Online, jika kerjasama itu menjadi kenyataan, peluang bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 juga akan lebih terbuka.
"Jika dua parti itu bersama dalam blok ketiga (Gagasan Sejahtera) yang diterokai PAS ketika ini, kekuatan pembangkang akan meningkat berkali ganda berbanding Pakatan Harapan.
"Saya lebih suka mana-mana pembangkang kecuali DAP dan Amanah untuk lebih serius jalin kerjasama dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai Ikatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti kecil lain," katanya.
Mengenai kerjasama PPBM-PAS selepas pertemuan di antara kedua-dua pemimpin itu dibuat, Mohd Amar berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat mengenai permuafakatan antara kedua parti itu.
"Kita belum ada keputusan rasmi, pertemuan sebelum ini lebih kepada berbincang bagi memberikan pandangan dan cadangan, jadi keputusan sama ada ada kerjasama atau tidak ia akan dinilai oleh PAS Pusat kemudian diangkat oleh Majlis Syura.
"Memang semua orang akan suka jika ada kerjasama, tetapi kita ada penilaian sendiri, tidak boleh ikut orang sebab kalau ikut ada yang suruh Pas masuk Pakatan Harapan dan berbaik dengan DAP, tetapi kita ada pendirian," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yakin Kerajaan Kelantan mampu dipertahankan sekali gus meneruskan penguasaan parti itu dalam PRU14 nanti.
"Kita yakin dapat pertahankan Kelantan, rasa keyakinan kita lebih tinggi dari kebimbangan, walaupun Amanah nampak agresif," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.