Kalau dibaca dari satu sudut, memang itu yang cuba disampaikan oleh pemimpin dari parti PPBM ni kepada PAS. Nampak sangat yang PPBM cuba memperlekehkan PAS serta blok ketiga yang diwujudkan sebelum ini.
Jika semalam, pemimpin PAS mendesak agar PKR dan PPBM mengambil tindakan meninggalkan Pakatan yang diturut dianggotai oleh DAPigs serta PAN bagi menyertai Gagasan Sejahtera yang telah diwujudkan.
Dalam kenyataan yang dibuat, pemimpin PAS itu mendakwa pembangkang akan bertambah kuat sekiranya PKR dan PPBM meninggalkan DAPigs dan menyertai Gagasan Sejahtera diantara PAS serta Ikatan.
Namun, desakan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu bukan sahaja tidak diendahkan oleh pemimpin PPBM ini. Sebaliknya, dia pulak mempersoalkan kekuatan Gagasan Sejahtera yang diterajui oleh PAS.
Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamarudin Md Nor dalam pada itu turut membuat perbandingan rekod PH yang berjaya menawan Selangor dan Pulau Pinang, berbanding PAS yang hanya berkuasa di Kelantan.
"PKR terbukti kuat di Selangor, dan DAP kuat di Pulau Pinang. PAS hanya terbukti kuat di Kelantan sahaja. Dua tempat bergabung, bagaimana hendak kata lebih lemah berbanding satu tempat sahaja?
"PH ada dua parti yang sudah berjaya menguasai dua negeri. Manakala Gagasan Sejahtera hanya berjaya menguasai satu negeri," katanya kepada Antarapos.
Apa yang jelas, tindakan pemimpin PPBM itu membuktikan bahawa parti itu masih memandang remeh peranan serta kemampuan PAS dalam menerajui Gagasan Sejahtera yang telah diwujudkan sebelum ini.
Tapi yang herannya, kalau PPBM anggap PAS tidak berkemampuan serta Gagasan Sejahtera yang diterajui oleh PAS itu tidak kuat sepertimana yang digambarkan, kenapa PPBM masih 'Terhegeh - Hegeh' nak mendapatkan sokongan dari PAS? Nampak sangat yang PPBM ni tak sedar diri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.