Rabu, Mac 08, 2017

Heh! Kalau dibaca kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin ni, nampak sangat yang dia suruh PAS tu kembali melutut pada DAPigs seperti mana yang berlaku di Negeri Selangor pada ketika ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Azmin tu seolah - olah cuba nak 'Angkat Diri' dia sendiri dengan mendakwa kononnya PAS dan DAPigs mampu bekerjasama di Selangor.
“Selangor sepatutnya menjadi model. Jika kami boleh bekerjasama di Selangor, mengapa tidak di Putrajaya?
“Ia bergantung kepada kepimpinan (PAS pusat). Kamu perlu ada rasa rendah diri untuk terima perbezaan. Apa-apa pun kita tumpukan dulu polisi dan gerak kerja umum. Itulah yang kita dapat lihat di Selangor. Biar Selangor menjadi ketua,” katanya.
Dari satu sudut, Si Azmin tu cuba membayangkan bahawa PAS sahaja yang kena bertolak ansur dengan orang lain walaupun mereka terpaksa mengadai prinsip serta dasar perjuangan parti.

Soalnya untuk apa? Untuk memastikan yang dia masih lagi kekal menjadi Menteri Besar Selangor dimasa akan datang? Supaya dia dapat menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri?

Kiranya, bagi dia, dalam keadaan ni, PAS yang bersalah. PAS je yang kena tunduk kepada orang lain sedangkan dalam masa yang sama, kepala PAS dipijak - pijak orang lain secara terang - terangan.

Apa yang jelas, kenyataan Si Azmin ni memberikan gambaran seolah - olah dia cuba nak memperlekehkan pendirian serta keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat sebelum ini.

Hakikatnya, semua orang sedar bahawa hubungan PAS dan DAPigs di Selangor pun dah tak berapa baik sejak parti pimpinan Hadi Awang tu buat keputusan untuk tidak bersama dengan DAPigs.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kepimpinan DAPigs sendiri pernah mendesak agar Azmin menggugurkan wakil PAS sebagai Exco Negeri dan digantikan dengan pemimpin PAN.

Maka sudah pasti tindakan yang dilakukan oleh Si Azmin ni tidak merujuk kepada situasi yang benar - benar berlaku didepan mata dia sendiri. Dia hanya cuba nak 'Angkat Diri' dia je sebenarnya.

Bagi sesetengah pihak, kenyataan Si Azmin tu hanya sekadar 'Retorik Politik' untuk melobi diri dia menjadi 'Pemimpin Utama' dalam Pakatan Haprak yang sedang bekecamuk pada ketika ini.

Dia cuba memberikan gambar seolah - olah dia berjaya menyatukan PAS dan DAPigs di Selangor sedangkan itu bukan realitinya. Secara tidak lansung, kenyataan Si Azmin tu membuktikan yang dia sedang berada dalam keadaan berhalusinasi sebab lama sangat tak tido!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Si Jemin tak sedar diri nak ajar Pas. Dulu Pas jgk yg calonkan nama dia utk mb selangor.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping