Sabtu, Mac 18, 2017

Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim mendedahkan majoriti mesyuarat PAS diperingkat Kawasan di negeri itu mengusulkan agar parti itu memutuskan hubungan dengan PKR.
“Majoriti PAS Kawasan bermuktamar di Pulau Pinang mengusulkan – PAS perlu putuskan hubungan talak tiga dengan PKR. Ada setuju ? Sila beri komen,” kata Iszuree dalam Facebook semalam.
Majoriti rakan dilaman Facebook Iszuree yang terdiri daripada ahli - ahli PAS Pulau Pinang diperingkat akar umbi bersetuju dengan keputusan mesyuarat PAS kawasan negeri itu.
Tambah Iszuree, akar umbi PAS Pulau Pinang mula tidak berpuas hati dengan PKR apabila terbongkar isu exco dari PKR YB Abdul Malik Abul Kassim yang bersekongkol dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan dengan isu campur tangan proses fatwa di negeri itu.
“Salah satu sebab utama adalah pengkhianatan Exco PKR ke atas isu Fatwa, Exco PKR sanggup jadi Khadam kepada DAP, main-main dengan Fatwa kerana tak selari dengan Kerajaan Negeri DAP.
“Kelakuan ADUN dan Pemimpin PKR berlagak sejak menang PRU 2008 lagi, habis masa tu JKKK depa bolot. Di situ sejak 2008 kita dah nampak sifat tamak haloba adalah sama saja dengan kaum parti asal depa iaitu UMNO,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, akar umbi PAS semakin hari sudah semakin muak dengan pengkhianatan demi pengkhianatan yang telah dilakukan oleh PKR. Maka persoalannya, adakah pemimpin PAS Pusat masih mahu terus bersekedudukan dengan PKR???
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping