Ahad, Mac 19, 2017

PAS kelihatan tidak terlalu kecewa apabila PPBM akhirnya memilih menyertai Pakatan. Malah parti itu sebaliknya segera mengisytiharkan PPBM dan PAS pasti tidak boleh bekerjasama. 

Pendirian itu cukup istiqamah. PAS berulang kali menegaskan ia tidak boleh bekerjasama dengan pihak yang bergabung dengan PAN yang menganiayai perjuangannya dan DAPigs yang menentang perjuangan mereka. 

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah berkata, jika bergabung dengan Pakatan itu merupakan keputusan rasmi PPBM, PAS menganggap ia tidak ada hubungan lagi dengan parti itu.

Pengerusi PPBM, Tun Mahathir awal minggu ini mengesahkan partinya akan menyertai PH. Mohd Amar berkata, PAS menghormati pendirian PPBM kerana “semua pihak boleh membuat keputusan sendiri.”
“Kita ada pendirian kita dan orang lain juga ada pendirian sendiri. Kita tidak boleh nak paksa sesiapa ikut kita,” tambahnya.
Namun persoalan yang mungkin masih berlegar di benak pemerhati politik ialah apakah sebenarnya pendirian Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dalam percaturan mengukuhkan barisan pembangkang ini?

Bahkan kelantangan Muhyiddin yang sebelum ini cukup vokal mempertikaikan isu - isu Politik semasa hanya diliaht diam membisu apabila soal berkaitan dengan kerjasama PAS ini dibangkitkan.

Muhyiddin sebelum ini dilihat bersungguh mahu PPBM bekerjasama dengan PAS. Malah dia juga menyeru agar setiap parti pembangkang bertolak ansur demi mewujudkan perpaduan yang utuh.

Dia yang mengepalai PPBM dalam rundingan dengan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man demi menjadikan kerjasama di antara kedua-dua parti menjadi realiti.

Berdasarkan kenyataan media Muhyiddin dan Tuan Ibrahim sebelum ini, kesepaduan PPBM dan PAS tidak mustahil dicapai meskipun Pengerusi PPBM, Tun Mahathir Mohamad sinis terhadap kemungkinan itu. 

Tuan Ibrahim menyebut bahawa pada dasarnya Muhyiddin bersedia menyokong usul pindaan Rang Undang-Undang 355 yang dijadualkan dibentangkan oleh presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang. 

Kata Tuan Ibrahim, PPBM sudahpun menyatakan persetujuannya menyokong usul yang akan dibentang sekali lagi di sidang Parlimen yang sedang berlangsung.
“Sebenarnya, perkara ini yang kita bincang dan dia pun (Muhyiddin) dari prinsipnya bersetuju dengan RUU355, tidak ada masalah. Dalam mesyuarat kami, ada bicarakan isu ini. Sebenarnya wakilnya Tan Sri Muhyiddin sahaja di Parlimen,” katanya pada media selepas majlis makan malam dan dialog politik di Setiawangsa minggu lalu.
Tuan Ibrahim juga turut menjelaskan bahawa Muhyiddin berkata bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan cadangan pindaan Akta RUU355 PAS itu di Parlimen.
“Dia sudah berikan komitmen bahawa apa-apa isu yang berbangkit di Parlimen, dia tidak ada masalah. Ini hanya menaik taraf mahkamah syariah, dan beliau tidak ada masalah untuk sokong,” katanya.
Yang membungakan lagi harapan PAS ialah apabila Muhyiddin sendiri tidak memberikan sebarang komentar tentang kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS itu. 

Malah apabila Setiausaha Organisasi DAPigs mempersoalkan jika benar Muhyiddin menyokong RUU355, mengapa dia sendiri tidak membuat kenyataan mengenainya? Adakah bekas Timbalan Perdana Menteri itu kini dah jadi 'Tunggul Batu' yang bisu???
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Great blog post my friend. :-)

    BalasPadam
  2. Ahli PPBM diParlimen adalah 2 orang sahaja. Tuan Ibrahim ingat ada 20 orang ke?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping