Heh! Nampak gayanya puak PKR tu sekarang ni dah mula takut dengan bayang - bayang mereka sendiri. Dek kerana terlalu takut tak tentu arah, habis semua cermin dipecahkannya.
Lepas satu persatu alasan cuba diberikan untuk menjustifikasikan keadaan. Tapi apa boleh buat. Taik dah melekat pada muka. Kalau diorang nak basuh pun, baunya tetap boleh dihidu.
Pokok pangkalnya, PKR merupakan sebuah parti yang GAGAL untuk membentuk keperibadian dikalangan pemimpin mereka sendiri. Setakat pandai bercakap je, apa gunanya?
Hakikatnya, kes rasuah dan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh salah seorang pemimpin muda parti itu bukan cerita baru. Tapi sebaliknya, dia hanya dijadikan kambing hitam semata - mata.
Apa yang jelas, alasan yang diberikan oleh pemimpin parti itu sejak kes yang melibatkan Anak Ikan Mak Lampir itu tersiar didalam laporan media membuktikan keadaan sebenar PKR.
Tambah memalukan ialah apabila 'Pakar Strategi' parti itu cuba memberikan alasan kononnya Anak Ikan Si Mak Lampir tu merupakan bekas ahli PAS yang baru sahaja masuk PKR.
Ianya secara tidak lansung menjelaskan parti itu mengamalkan dasar Politik Retorik dan memberikan gambaran bahawa dikalangan pemimpin mereka hanya terdiri dari kalangan manusia MUNAFIK belaka.
Bila kena pada orang lain, bukan main kecoh lagi diorang berkokok tak tentu arah membuat tuduhan yang bukan - bukan. Tapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak diorang nak sorok?
Sekarang PKR dah keluarkan arahan supaya semua pemimpin parti itu menutup mulut masing - masing dari membicarakan mengenai kes yang melibatkan Anak Ikan Si Mak Lampir tu.
Katanya, keputusan mengenai tindakan yang akan diambil dan semua kenyataan yang dibuat oleh pemimpin parti itu boleh dibuat dalam mesyuarat tertutup, bukannya secara terbuka.
"Segala urusan berkaitan pendirian PKR, seeloknya dan sebetulnya diputuskan di dalam mesyuarat kepimpinan parti. Sama ada Mesyuarat Biro Politik atau mesyuarat Pimpinan PKR.
"Mana-mana pimpinan pun sebaiknya mengeluarkan ulasan, pendirian atau cadangan di dalam mesyuarat, bukan di khalayak ramai," kata Ahli Jawatankuasa Biro Politik PKR, Kamaruddin Jaafar kepada media.
Nampak sangat tindakan PKR ni cuba nak sembunyikan kesalahan dan kelemahan diri mereka sendiri. Maka sebab itu diorang keluarkan arahan sedemikian rupa supaya tidak banyak isu yang keluar.
Tidakkah tindakan itu boleh dianggap sebagai satu taktik Politik Retorik yang diamalkan oleh PKR untuk memperbodohkan rakyat secara terbuka? Kalau dah salah tu, mengaku je la. Tak payah la beria nak suruh orang tutup mulut pulak!!!
Kaya ke tak kaya aku tak kisah. Siapa yg bagu pinjam duit ikut suka nak cakap. Yang jadi masaalah document palsu yg jadi masaalah.
BalasPadam