Khamis, April 27, 2017

Semakin hari semakin ramai yang mula tertanya - tanya, bagaimana Datuk Seri Jamal Yunos boleh memiliki dokumen rahsia yang ada hubung-kaitnya dengan puak Pakatan Haprak tu.

Jika sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu telah membuat pendedahan sehingga terbongkarnya rahsia Anak Ikan Si Mak Lampir yang memiliki harta kekayaan luar biasa tu.

Kes berkaitan dengan Anak Ikan Si Mak Lampir tu kini bakal dibawa ke mahkamah selepas dia didakwa oleh pihak SPRM awal bulan yang lalu melibatkan beberapa penyalah-gunaan kuasa.

Kemudian, Datuk Seri Jamal Yunos juga turut menyerahkan dokumen kepada pihak SPRM yang berkaitan dengan penyelewengan kuasa yang telah dilakukan oleh Si Mak Lampir tu sendiri.

Kali ini, untuk sekian kalinya, Jamal sekali lagi tampil mendedahkan mengenai penyelewengan yang telah dilakukan sendiri oleh Menteri Besar Selangor tu dikawasan Paya Indah Wetland.

Dalam pendedahan yang dibuat, Jamal mendakwa Si Menteri Besar Selangor tu telah meluluskan projek yang bernilai hampir mencecah RM 30 billion dikawasan yang pernah mencetus kontroversi itu.
"Setelah 2 minggu membeli tanah ini daripada syarikat asalnya, Azmin Ali meluluskan permohonan tersebut untuk memajukan  kawasan ini dijadikan bandar baru.
“Kenapa terburu-buru untuk memberikan kelulusan kepada Syarikat Gamuda untuk memajukan  kawasan ini, adakah kontrak bernilai RM30 bilion turut disumbangkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH)," ujarnya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di Paya Indah Wetlands, petang tadi.
Jamal yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, dia cukup kesal dengan sikap Azmin, meluluskan projek tersebut sementelah ia adalah kawasan tadahan air hujan.
"Mengikut laporan alam sekitar jika kawasan ini dimajukan maka akan berlaku banjir besar yang teruk di Selangor dan kawasan ini, maka ditolak.
"Kawasan ini adalah kawasan tadahan hujan, maka kita tidak mahu kawasan-kawasan di sekitar ini, di Putrajaya, Dengkil, Sepang mengalami banjir, jadi kalau kawasan seluas 1200 hektar ini, maka rakyat Selangor akan terima musibah dan bala sekali lagi," katanya.
Maka persoalannya, siapa yang serahkan dokumen berkaitan dengan projek tersebut kepada Jamal? Bagaimana Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memiliki dokumen - dokumen tersebut?

Dengar katanya, Si Rafizi tu sekarang ni sedang menyusun strategi untuk menjahanamkan Azmin di Selangor dan mahu Timbalan Presiden PKR itu turun dari kedudukannya pada ketika ini.

Selain daripada memecah belahkan kesepakatan diantara PKR dan PAS di Selangor, salah satu kaedah yang digunakan oleh Rafizi ialah dengan mengheret Si Azmin tu ke muka pengadilan.

Daripada sumber dalaman PKR sendiri juga mengakui bahawa perang diantara Si Rafizi dengan Si Azmin tu memang sudah menjadi satu 'Rahsia Umum' dan ianya semakin bertambah kronik.

Jika sebelum ini pun, Si Rafizi tu juga pernah tampil membuat dakwaan secara terbuka terhadap pentadbiran dibawah pimpinan Azmin yang didakwa turut terlibat dengan gejala 'Rasuah Betina'.

Jadi, tak mustahil sekiranya Si Rafizi tu yang bertanggungjawab membocorkan rahsia kepada orang luar sehingga menyebabkan Si Menteri Besar Selangor tu sekarang ni sedang berada dalam keadaan 'Panas Punggung'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping