Tidak diduga betapa pindaan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 mencetuskan gelombang besar terhadap perkara yang tersirat di dalam lubuk hati semua kumpulan terhadap Islam.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS terhadap gangguan dari mereka yang membantah serta menentang cadangan pindaan RUU 355 yang telah dibentang sebelum ini.
Katanya, walaupun RUU itu bukan hukum hudud yang selalu dijadikan senjata paling tajam mengikut tanggapan semua kumpulan anti- Islam, namun ada juga pihak yang tetap mengaitkannya juga.
Tujuannya adalah untuk menikam Islam daripada segenap penjuru dengan hukum ALLAH SWT tersebut, walaupun mereka jahil berkenaannya dengan matlamat untuk mencacatkan wajah Islam yang murni dan mulia.
Bahkan kata Hadi Awang, RUU 355 itu telah melalui proses demokrasi paling lembut perjalanannya melalui kebijaksanaan Speaker Dewan Rakyat yang menangguh sesi perbahasan bagi memberi peluang lebih panjang kepada semua pihak.
PAS dan semua yang menyokong, termasuk daripada UMNO dan yang lain - lain menerima dengan terbuka, namun masih ada ang menentang laksana batu besar yang dicampak ke dalam lubuk tenang.
"Tiba - tiba semua menimbulkan diri, termasuk ular dan buaya paling besar menerkam dengan rakus menempik segala hujah, termasuk mencetuskan perkara yang tersasul tidak ada kena mengena dengan tajuk RUU 355, apabila menimbulkan Peraturan Mesyuarat yang tidak menyentuhnya sedikit pun, niatnya untuk memamah masa supaya tidak ada ruang langsung bagi RUU 355," jelas Abdul Hadi.
RUU 355 adalah perkara Islam yang paling mudah difahami oleh setiap penganut Islam yang beriman dan budiman walaupun sebesar zarah paling halus dan paling lemah pegangan agamanya.
Bahkan RUU 355 itu berjaya menyatukan semua penganut Islam termasuk paling jahil agamanya, namun masih wujud jati diri Islamnya tanpa mengira aliran politik dan pendidikan.
Adapun kalangan bukan Islam yang bersaudara dalam masyarakat majmuk tidak menghalang kerana punya sifat persaudaraan kemanusiaannya dalam satu negara yang wajib dihormati.
Maka disebabkan penentangan yang ditonjolkan untuk menyekat usaha PAS meminda RUU 355 itu telah menyebabkan Presiden PAS itu melabelkan golongan penentang itu sebagai 'Syaitan Kecil dan besar'.
"Maka, begitulah RUU 355 terus menghadapi gangguan syaitan besar dan kecil, sekurang-kurangnya mewas-waskan hati manusia. Apatah lagi perkara Mahkamah Syariah yang hendak dimuliakan itu bergelumang dengan masyarakat umum yang masih dibejati karat semangat penjajah, menjadikan RUU 355 diganggu begitu rupa," katanya dalam satu kenyataan semalam.
dapigs pkr adalah tahi kecil besar!!!
BalasPadam