Heh! Memang TIPIKAL sungguh kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir tu. Bagaikan seperti yang boleh diduga, dia sudah tentu tidak akan mengaku mengenali Anak Ikan dia sendiri.
Takut terpalit dengan kontroversi serta dikaitkan dengan hasil kekayaan luar biasa yang dimilki oleh Anak Ikannya itu, Si Mak Lampir tu mula menggelupor tak tentu arah macam beruk kena belacan.
Tampil membuat kenyataan hari ini, Si Mak Lampir tu mendakwa bahawa dia tidak pernah mengenali Adam Rosly yang telah ditahan oleh pihak SPRM berkaitan dengan hasil kekayaan luar biasanya.
IRONIKnya, sewaktu kecoh isu rumah besar dan kekayaan melampau luar biasa Si Anak Ikan itu, Si Mak Lampir ni yang beriya-iya memberitahu, kekayaan itu adalah dari hasil pusaka ayahnya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berjaya.
Namun malangnya pada ketika ini, Si Mak Lampir tu bagaimanapun, tidak dapat menghadirkan bukti untuk menyokong pembelaannya ke atas Anak Ikannya itu secara terbuka.
Malah Si Mak Lampir tu juga turut menempelak desak yang dibuat oleh Si Rafizi yang menggesa agar pemimpin Anak Muda PKR Ampang itu mengisytiharkan hartanya secara sukarela.
Alasan yang diberikan oleh Si Mak Lampir Anak Ikannya itu bukan dari kalangan wakil rakyat, maka tidak ada keperluan untuk dia tampil mengisytiharkan hartanya seperti yang didesak oleh Rafizi.
Hari ini, Si Mak Lampir tu ketika menjawab dakwaan bahawa Adam Rosly adalah pegawai khasnya, menafikan tuduhan tersebut. Bahkan Anak Ikannya itu tidak pernah dilantik menjadi Pegawai Khas mahupun Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Azmin Ali.
Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir itu membuktikan bahawa dia sedang berada dalam keadan yang cukup terdesak pada ketika ini sehingga menyebabkan dia mula menggelupor membuat penafian kerana takut dia terjebak sama dalam siasatan SPRM!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.