Sabtu, April 08, 2017

"Kiraan Minggu Yang Tidak Sama Dengan Manusia Biasa". Itu komen dari salah seorang pengguna laman media sosial terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Si Rafizi tu.

Katanya, kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pondan itu bukan sesuatu yang baru. Tetapi ianya sudah acap kali didengar dan diulang - ulang oleh Pakar Penabur Fitnah PKR itu.

Jelasnya, sewaktu menghadiri satu majlis makan malam anjuran satu parti di Kelantan pada 24 Disember 2016, Si Rafizi ni dengan yakinnya telah memberikan ucapan yang antara lain menyebut:
"..minggu depan saya akan dedahkan isu balak di Kelantan..." disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin yang ada.
Sudah tentu pihak-pihak yang telah lama menunggu bahan untuk menyerang Rejim PAS Kelantan cukup teruja dengan janji "minggu hadapan" ini oleh seorang arkitek Langkah Kajang ini.

Namun sayangnya, "minggu depan" yang dinyatakan oleh Si Rafizi itu tidak kunjung tiba hingga ke hari ini. Rupanya ia hanyalah salah satu janji Santa Claus dari Rafizi di malam Krismas.

Kenyataan Si Rafizi tu katanya hanya hadir seperti lagenda barat itu meletakkan patung - patung permainan untuk menggembirakan anak - anak kecil yang buta dalam kira - kira Politik.

Maka, apabila Si Rafizi tu kata bahawa "dua minggu lagi saya dedahkan nama pemimpin PAS yang menerima dana dari 1MDB.." sudah pasti akan ada yang terasa sedikit sedih dan gusar.

Adakah masih sempat dalam hayat hidup kita ini menunggu tempoh "dua minggu" yang diberikan oleh Si Rafizi itu untuk mendedahkan siapa pemimpin PAS yang dimaksudkan sebelum ini?

Jika "Satu Minggu" yang dijanjikan oleh Si Rafizi tu pun masih belum lagi tiba dengan jarak waktu yang katanya sudah mendekati setengah tahun, bila pulak tempoh "Dua Minggu" itu akan tiba?

Adakah selepas Parlimen Pandan bertukar wakil rakyatnya? ATAU, adakah selepas Sungai Buluh menerima penghuninya yang baru? Harap - harap, cepat - cepatlah tempoh masa "Dua Minggu" yang diberikan oleh Si Rafizi tu tiba. Takut nanti, ada pulak yang Mati Kempunan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Juara fitnah yg sentiasa temui kegagalan. Pru akan datang belum tentu kekal jdi mp.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping