Ahad, April 09, 2017

Heh! Nampak gayanya gertak Si Rafizi Pondan tu sebelum ini telah memakan dirinya apabila PAS kata diorang tak heran pun dengan ugutan yang dikeluarkan oleh Si Ahli Parlimen Pondan tu.

PAS katanya tidak takut jika Naib Presiden PKR itu mahu mendedahkan nama tokoh yang rapat dengan pimpinan parti itu menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim menyatakan bahwa PAS menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan parti itu terbuka mengenai dakwaan yang dikemukakan.
"Bagi PAS, kalau dia sebut sumber dari SPRM kita serah pada SPRM. Kita tidak tahu. Orang yang rapat dengan PAS ni, beribu yang rapat dengan PAS. Kita pun tidak tahu siapa dia. Bagi kita, kalau beliau ada kes beliau boleh laporkannya kepada pihak berkuasa.
"Kita tunggu tindakan SPRM. Setakat ini tiada tindakan apa-apa," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Rafizi sebelum ini tampil membuat dakwaan bahawa dia mempunyai maklumat yang menunjukkan aliran dana daripada akaun berkaitan 1MDB kepada “tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS”.

Dalam masa yang sama, Tuan Ibrahim juga memberi amaran kepada Rafizi untuk tidak memburukkan nama PAS dengan menggunakan "Individu" tertentu sedangkan ia tiada kaitan pun dengan PAS.
"Yang keduanya, dia tidak boleh nak burukkan nama PAS semata kerana orang itu rapat dengan pimpinan PAS. Tak boleh nak kaitkan PAS semata-mata hanya kerana orang tu rapat dengan pimpinan PAS," tegas beliau.
Malah dia juga turut menyelar dakwaan Rafizi dan menganggap ianya hanya sekadar untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap perbincangan usul pindaan Akta RUU 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS.
"Bagi saya dia hanya nak alih isu dari kegagalan dalam bila tuan guru Presiden bentang RUU355 di tengah kehangatan rakyat dan bincangkan mengenai usul itu. Sepatutnya beliau tidak perlu alih pada isu lain.
"Bagi saya, ini sekadar untuk alih isu sahaja. PAS takkan layan. PAS takkan layan provokasi beliau," tambahnya.
Dalam erti kata lainnya, PAS cuba memberikan gambaran seolah - olah Si Rafizi tu kini sedang ketandusan modal Politik untuk dijadikan bahan jajaan sehingga terpaksa mencipta fitnah bagi membuatkan rakyat terus membenci parti itu secara berterusan!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. JANGAN LAYAN SANGAT DGN GENG PKR NI,,,MEREKA INI SEMAKIN HARI SEMAKIN BODOH, TAK LAYAK JD PEMIMPIN,,JOM TOLAK MEREKA DAN PH DLM PRU14 NANTI

    BalasPadam
  2. Mungkin fizi akan kata saya brgurau je...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping