Sabtu, April 08, 2017

Heh! Nampak gayanya, tindakan puak - puak Pakatan yang terdiri daripada kalangan pemimpin DAPigs mengganggu pembentangan RUU 355 pada hari Khamis lalu masih hangat diperkatakan.

Rata - rata masyarakat yang menyaksikan pembentangan itu semalam memberikan respon negatif terhadap tindakan pemimpin DAPigs yang bangkit satu persatu untuk menghalang Hadi Awang.

Malah, dalam paparan video yang disebarkan semalam juga membuktikan bahawa DAPigs serta PKR bermati - matian cuba nak menghalang RUU 355 itu dibentangkan oleh Hadi Awang.


IRONIKnya sebelum ini, Punahsihat kepada DAPigs, Si Apek Kit Siang tu cuba nak menunding jari kepada MCA, MIC dan GERAKAN yang menjadi penghalang kepada usaha PAS.

Si Apek Kit Siang tu mendakwa kononnya MCA, MIC dan GERAKAN yang menentang pembentangan RUU 355 itu sedangkan yang paling kuat bersuara adalah dari kalangan pemimpin DAPigs.

Bahkan Si Apek Kit Siang tu pernah tampil mencabar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk mendedahkan siapakah 'Dalang' yang menghalang RUU 355 itu dibentangkan di Parlimen.

Namun, tindakan Si Apek Kit Siang itu membuktikan bahawa dia merupakan Dalang yang dimaksudkan. Dia yang mengepalai pasukan penentang kepada pembentangan RUU tu sebelum ini.

Yang lebih menyedihkan ialah apabila tidak ada seorang pun pemimpin Islam dari kalangan puak Pakatan Haprak tu yang berani bangkit dari kerusi mereka untuk memberi sokongan kepada PAS.

Sebaliknya, pemimpin - pemimpin Islam PAN, PKR malah Ahli Parlimen Islam Tunggal DAPigs, Si Arif Sabri tu pun tak berani bangkit untuk membela Presiden PAS dan menyokong usahanya.

Tambah memburukkan lagi keadaan ialah apabila Mahfuz Bean, yang kuat berkokok selepas keluar dari dewan sebelum ini pun tidak berani bersuara. Sebaliknya, dia cuba nak salahkan orang lain.

Pendek kata, mereka yang lantang bersuara diluar dewan ni tak pernah sekali pun tampil memberikan sokongan kepada Presiden PAS untuk membentangkan RUU tersebut selama hari ini.

Tapi bila depan media, bukan main lagi diorang berlakon nak tunjuk kononnya diorang ni yang memperjuangkan usaha PAS tu dan cuba memburukkan UMNO serta Barisan Nasional.

Pokok pangkalnya, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin Pakatan Harpak itu sendiri hanya sekadar mendedahkan kemaluan mereka dan membuktikan bahawa mereka cuba menjadikan isu berkaitan dengan RUU 355 ini sebagai bahan jajaan Politik Murahan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping