Heh! Siapa sangka. Nampak gayanya dendam Si Rafizi ni terhadap Azmin masih lagi membuak - buak. Nak pulak selepas Si Menteri Besar Selangor tu merosakkan rancangan Langkah Kajangnya.
Jika sebelum ini, semua orang tau bahawa Si Rafizi tu terpaksa memikul kemaluan yang cukup besar apabila Si Azmin tu telah menggagalkan agenda Langkah Kajang yang diilhamkannya.
Kegagalan agenda Langkah Kajang Si Rafizi itu muncul apabila Azmin berjaya merampas kerusi Menteri Besar Selangor dari Wan Azizah dengan bantuan serta sokongan sepenuhnya dari PAS.
Maka tidak hairan la kenapa Si Rafizi tu tampil memburukkan PAS dengan memberikan gambaran seolah - olah parti itu sanggup mengadaikan maruah demi untuk mendapat keuntungan.
Berkongsi pendapat yang sama, Facebooker Pahang, Bahazelan Wahab memuat-naikkan status dengan mendakwa karier Politik Si Rafizi tu sudah sampai ke penghujungnya pada ketika ini.
Katanya, Si Rafizi tu pada ketika ini sedang menghitung hari untuk dihantar ke penjara Sungai Buloh diatas kesalahan yang telah dilakukannya. Maka sebab itu dia guna kesempatan yang ada untuk menjahanamkan Azmin.
"Makanya sebelum dia masuk ke dalam dia akan memastikan musuh utamanya dalam satu parti ia itu Azmin Ali akan gugur dari jawatan MB Selangor. maka dia menimbulkan kes sumbangan yg PAS terima Dari UMNO RM 90juta tu supaya orang PAS marah dengan dia dan PKR," jelas Bahazelan melalui akaun Facebooknya.
Jika sebelum, Si Rafizi tu pernah tampil mengkritik pentadbiran Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan Azmin dan mendakwa kononnya wujud penyelewengan serta salah guna kuasa.
Malah Si Rafizi tu juga turut membuat pendedahan secara terbuka berkaitan dengan kewujudan aktiviti "Rasuah Betina" dikalangan pemimpin dalam pentadbiran Azmin di Selangor.
Pokok pangkalnya, cubaan terbaru yang dilakukan oleh Si Rafizi itu untuk memburukkan PAS hanya boleh dianggap sebagai satu bentuk retaliasi terhadap kepimpinan Azmin di Selangor dan membuktikan kemelut Politik didalam PKR berada pada satu tahap yang cukup kronik!!!
Politik fitnah sana sini akan gagal jua akhirnya.
BalasPadam