Sabtu, April 15, 2017

Heh! Nampak sangat yang Si ADUN PKR Semambu ni dah ketandusan idea untuk memburukkan pihak Kerajaan sehingga terpaksa mengitar semula isu yang sudah lama diketahui umum.

Dek kerana kemaruk sangat nak mencari Publisiti murahan, maka terpaksa la dia menjaja cerita kononnya Kerajaan menjual sebuah pusat membeli belah di Kuantan kepada syarikat Singapura.

Dari status yang dimuat-naik ke laman Facebook milik peribadinya sebelum ini, Si ADUN Semambu tu seolah - olah cuba memberikan gambaran kononnya Kerajaan menjual tanah kepada syarikat asing.
Ramai pengamal media sosial tampil mempertikaikan status yang dibuat oleh Si ADUN Semambu itu. Malah mereka juga menganggap Si ADUN Semambu itu sudah 'Ketinggalan Zaman'.

Namun persoalannya, sejak bila pulak ianya menjadi kesalahan untuk syarikat dari Negara Luar membuat pelaburan di Malaysia? Adakah ianya menjadi satu kesalahan untuk syarikat asing itu berniaga di negara ini?

Adakah ianya salah bagi syarikat dari Negara luar membeli pusat membeli belah itu sedangkan mereka masih lagi memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk mendapat peluang pekerjaan?

Anak orang Melayu, Cina dan India, malah anak orang Asli pun boleh mendapat peluang pekerjaan. Bahkan, peniaga - peniaga tempatan juga berpeluang untuk membuka kedai mereka didalam pusat membeli belah tersebut.

Logiknya, perkara seperti itu sudah menjadi kebiasaan di Negara - Negara Luar. Bahkan di Selangor mahupun di Pulau Pinang sendiri pun banyak syarikat asing yang membeli dan membina bangunan - bangunan baru.

Tapi, kenapa pulak Si ADUN Semambu tu tak nak pertikai? Kenapa Si ADUN Semambu tu tidak mempersoalkan kilang - kilang syarikat asing yang bersepah di Selangor atau pun di Pulau Pinang?

Kalau diikutkan dari kenyataan yang dibuat oleh Si ADUN Semambu tu ianya memberikan gambaran bahawa sekiranya Pakatan Haprak tu memerintah kelak, takde dah peluang syarikat Negara Luar nak melabur di Malaysia ni.

Nak bukak kilang pun tak boleh, nak bukak pusat membeli belah pun tak boleh. Nak bina rumah, nak buat resort, nak bina apa pun tak boleh. Pendek kata, kalau Pakatan memerintah kelak, semuanya tak boleh belaka. Diorang nak biarkan rakyat di Malaysia ni takde kerja!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping